China Iktiraf Mereka Juara Sebenar Olimpik Atasi AS Dengan Klaim Pingat Hong Kong Dan Taiwan

Pasukan kebangsaan Amerika Syarikat diumumkan secara rasmi sebagai juara Olimpik 2020 di Tokyo dari segi kutipan pingat dengan 39 emas, 41 perak dan 33 gangsa. Mengatasi China yang berjaya membawa pulang 38 emas, 32 perak, dan 18 gangsa.

Namun di negara China, mereka telah mengisytiharkan diri sendiri sebagai juara Olimpik Tokyo 2020. Ini dengan turut mengklaim pingat emas yang dimehnangi oleh Hong Kong dan Taiwan.

Media rasmi kerajaan di China telah menyiarkan carta pungutan yang mereka anggap sebagai ‘carta pungutan pingat sebenar’.

Perkara itu dikongsikan ramai pihak menerusi platform seperti Weibo.

China mendakwa bahawa mereka telah memenangi 41 emas, 37 perak dan 27 gangsa secara keseluruhan berbanding dengan kiraan 38 emas, 32 perak, dan 18 gangsa. Ataupun secara kesluruhan membawa pulang 106 pingat berbanding dengan 88. Ini sekaligus menewaskan AS.

Hong Kong yang ditulis sebagai Hong Kong China oleh laman web tersebut telah memenangi 1 emas, 2 perak dan 3 gangsa.

Manakala Taiwan yang ditulis sebagai China Taipei memenangi 2 emas, 4 perak dan 6 gangsa. Menurut mereka, kesemua pingat itu adalah milik China.

Lidah rasmi kerajaan China itu juga menyatakan bahawa mereka mempersoalkan kenapa Hongkong dan Taiwan (yang mereka rujuk sebagai China Taipei) telah dipisahkan oleh National Olympic Committees (NOC) sebagai negara mereka sendiri yang merdeka, dan bukan di bawah China.

Namun Macau masih lagi dikira sebagai China jika ada atlet negara tersebut yang menang pingat dalam sukan olimpik.

Sebenarnya, secara politik memang orang Hong Kong dan Taiwan tidak mahu berada di bawah China tetapi China enggan mengiktiraf dua negara tersebut dan menganggap mereka sebagai masih di bawah China.

Namun kiraan tersebut tidak disahkan oleh IOC dan NOC buat masa ini. Tetapi beberapa media antarabangsa sudah melihat kemungkinan China akan mengenakan tekanan kepada IOC dan NOC di masa akan datang berkenaan dengan perkara itu.

China sebenarnya mendahului carta pungutan pingat sebahagian besar daripada tempoh Tokyo 2020. Mereka memasuki hari terakhir olimpik dengan 38 emas berbanding 36 oleh AS. Tetapi pada hari terakhir mereka dipintas oleh AS.

Di media sosial ramai yang troll China kerana perbuatan mereka yang tak nak kalah itu.

Kisah netizen China boikot Running Man kerana dianggap iktiraf Taiwan negara merdeka

Sebelum ini netizen China berperang dengan penerbit Running Man menerusi platform media sosial paling popular mereka iaitu Weibo.

Ini kerana menurut mereka Running Man mempromosikan penipuan dan melanggar salah satu kedaulatan negara China.

Dalam satu episod baru baru ini, Running Man bermain satu permainan monopoli disebut Blu Marble.

Dalam permaian tersebut, ianya dinyatakan bahawa Taipei adalah ibu negara Taiwan, manakala Beijing adalah ibu negara China.

Mereka memaki produksi tersebut dengan menyatakan bahawa Taiwan adalah sebahagian daripada China.

Lalu mereka melancarkan perang di media sosial, memuat gambar dengan label boikot Running Man serta menunjukkan tangkap layar mereka menghapus Running Man daripada daftar tontonan mereka.

Rangkuman aksi Running Man dengan kontroversi Taiwan itu berada di tangga keenam dalam Weibo. Dan rata rata rakyat tanah besar China kecewa dan marah.

Keadaan benar benar panas dan ramai menyuruh penerbit Running Man pergi sekolah dahulu.

Ramai meminta Running Man meminta maaf kepada China kerana perkara itu.

Bagi peminat di Taiwan pula, ramai mereka menyatakan tiada masalahnya dengan apa yang dilakukan Running Man itu. Kerana mereka tidak pernah mahu berada di bawah China.

Mereka juga meminta netizen China memboikot sekali Running Man versi China yang disadur daripada Korea Selatan.

Ringkas tentang Taipei dan Beijing

Taiwan sudah lama menuntut kemerdekaan daripada China. Namun China enggan memberikannya. Perkara yang sama seperti di Hong Kong di mana mereka juga mahu berpisah dengan China.

Pendirian yang sama diulangi China pada Mei lalu, di mana mereka menyatakan, mereka tidak akan merelakan usaha memisahkan Taiwan daripada republik itu China, kata jurucakap badan tertinggi Taiwan, sejurus selepas Presiden Tsai Ing-wen, dilantik menerajui pulau itu untuk penggal kedua.

China menganggap pulau demokratik dengan pemerintahan sendiri itu sebahagian daripada wilayahnya dan berulang kali mengunjurkan penyatuan semula dengan tanah besar, malah sanggup menggunakan kekuatan tentera jika perlu.

Jurucakap Pejabat Hal Ehwal Taiwan, Ma Xiaoguang, yang dipetik agensi berita rasmi Xinhua, berkata China mempunyai kemampuan yang mencukupi untuk mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayah.

Beijing pernah berikrar bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dengan sebarang cubaan untuk memisahkan atau kekuatan luar yang mengganggu politik dalaman China.

Ma berkata, China bersedia untuk memberi ruang yang luas untuk penyatuan secara aman tetapi tidak sama sekali membenarkan sebarang usaha ke arah mencapai kemerdekaan bagi Taiwan.

China juga akan patuh kepada prinsip penyatuan secara aman berteraskan ‘Satu Negara, Dua Sistem’, merujuk pada kerangka politik yang digunakan untuk mentadbir bandar separa autonomi Hong Kong.

Tsai dibenci oleh Beijing kerana menganggap Taiwan sebagai negara berdaulat dan bukan sebahagian daripada konsep ‘Satu China’.

Sejak beberapa tahun kebelakangan, hubungan silang selat semakin ditekan oleh China yang cuba mengasingkan Taiwan daripada saki baki sekutu diplomatiknya selain sering menunjukkan kuasa tentera di selat yang memisahkan dua negara itu.

Taiwan sentiasa tidak mahu dianggap sebahagian China. Kerajaan mereka malah mengucapkan terima kasih kepada semua media yang menulis negara mereka sebagai Taiwan berbanding dengan Chinese Taipei.

Penyiar di beberapa negara termasuk Jepun dan Korea Selatan yang merupakan jiran mereka telah menggunakan perkataan Taiwan berbanding Chinese Taipei.

Presiden Taiwan, Tsai Ing Wen antara yang menzahirkan rasa terharunya kepada media Jepun dan menganggap mereka sebagai jiran yang baik hati dengan mengambil kira China dan Jepun juga memiliki hubungan diplomatik yang baik.

Tsai menerusi Facebooknya berkata: “Tiada cabaran yang terlalu besar untuk menggoncang kuasa sukan dan semangat sukan Olimpik. Terima kasih negara penganjur, Jepun yang menjadikan semua ini satu kenyataan.”

“Tak kira betapa besar cabarannya, ianya tak akan sesekali menghalang Taiwan daripada menjadi salah satu negara di dunia. Momen di mana pemegang bendera kami Lu Yen-hsun [tenis] dan Kuo Hsing-chun [angkat berat] memasuki stadium, itulah detik di mana Taiwan berdiri megah di pentas dunia. Kami semua bangga.”

Sebelum ini beberapa kali Taiwan dipaksa menggunakan nama Chinese Taipei ketika menyerai acara sukan. Mereka menganggap ianya perkara memalukan namun terpaksa menerimanya demi untuk memastikan atlet mereka bersaing di peringkat antarabangsa.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di