Chuck Norris Sedih Dituduh Merusuh Di Capitol: “Itu ‘Chuck Norris’ Lain”

Chuck Norris terkejut dengan dakwaan bahawa beliau menghadiri kekecohan di Capitol AS baru baru ini. Lalu beliau dengan lemah lembut menafikan tuduhan tersebut.

Chuck Norris menegaskan bahawa yang viral itu bukan dirinya tetapi pelanduk dua serupa.

Nama Chuck Norris menjadi perdebatan hangat di media sosial. Ramai mengecam legenda filem aksi tersebut. Chuck Norris sama sekali tidak tahu menahu akan perkara itu.

Ini bukan pertama kali gambar pembawa masalah mirip artis tular. Sebelum ini pernah berlaku kepada Jamiroquai.

Lalu otai berusia 80 tahun ini menafikan sekeras kerasnya terlibat dalam rusuhan ganas di Capitol AS. Di mana penceroboh dan perusuh merupakan penyokong tegar Donald Trump.

Mereka tidak dapat menerima kekalahan Trump dalam Pilihanraya Presiden baru baru ini. Lalu merempuh bangunan tersebut beramai ramai.

Norris dan peguamnya membuat kenyataan rasmi menafikan perkara tersebut. Dalam satu kenyataan oleh wakil Norris, Erik Kritzer berkata: “Ini bukan Chuck Norris dan cuma orang yang mirip serta wannabe, namun Chuck jauh lebih tampan. Chuck masih berada di rumahnya jauh di Texas bersama keluarganya.”

Di akaun Twitternya sendiri, Norris juga menulis, “Saya baru-baru ini mengetahui bahawa ada Chuck Norris yang mirip pada rusuhan DC Capitol. Bukan saya dan saya tidak ada di sana. Tidak ada ruang untuk kekerasan dalam masyarakat kita. Saya akan sentiasa menjunjung undang-undang dan ketertiban. Rakan anda, Chuck Norris.”

Ramai yang lega dengan kenyataan otai legenda itu.

 

Norris menjadi sasaran ramai kerana sebelum ini dia merupakan penyokong Donald Trump dan Republikan. Namun dengan kenyataan terbarunya, tidak pasti bahawa Chuck Norris masih menyokong Trump.

Di mana dia sentiasa menolak untuk memberikan pandangannya tentang Trump sejak kebelakangan ini. Adakah Chuck Norris merasakan dirinya sudah dikencing Trump?

Dalam perkembangan berkaitan Donald Trump disekat daripada menggunakan Facebook sehingga Presiden AS yang baru dilantik.

Twitter lagi kejam terus mengenakan penggantungan kekal ke atas Trump yang dituduh menggalakkan dan mencetuskan keganasan menerusi kenyataannya di media sosial yang penuh propaganda.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di