De Gea Beri Pujian Melangit Kepada Kapten Maguire: “Ini Bukti Pasukan Ini Kuat”

David de Gea memuji persembahan kapten Harry Maguire. Maguire tampil mantap untuk membantu Manchester United menang tanpa melepaskan sebarang gol dalam kemenangan 2-0 mereka ke atas Leeds United.

Man United menang 2-0 ke atas Leeds di Elland Road dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

Dua gol kemenangan Red Devils terhasil pada 10 minit terakhir perlawanan menerusi penyerang yang dalam prestasi terbaiknya, Marcus Rashfor dan Alejandro Garnacho.

Kemenangan ini membolehkan Manchester United meneruskan lagi prestasi cemerlang mereka. Di mana United masih tidak tewas dalam enam perlawanan terakhir.

Pasukan Eric ten Hag akhirnya dapat kembali rekod clean sheet mereka dalam Liga Perdana Inggeris. Dengan kali terakhir United mencatatkan clean sheet ialah dalam kemenangan 3-0 ke atas Bournemouth pada awal Januari.

David De Gea memuji impak Harry Maguire yang kali ini turun sebagai pemain kesebelasan utama. Bergandingan bersama dengan Luke Shaw di bahagian tengah pertahanan.

Musim ini, Maguire bukanlah pilihan pertama Manchester United. Dia hanya muncul 10 kali dalam Liga Perdana Inggeris dengan kebanyakan penampilannya hadir sebagai pemain gantian dari bangku simpanan.

Maguire malah berjaya mengeluarkan bola dari kedudukan hampir gol, sebaik sahaja rakannya melakukan kesilapan.

Secara statistik, pemain pertahanan berusia 29 tahun itu berjaya membuat satu bentesan tepat dan memenangi tiga duel di udara.

Aksi mantap Maguire dalam perlawanan ini turut mendapat pujian daripada David de Gea.

De Gea berkata: “Perlawanan yang hebat, kami tahu jika kami boleh mengekalkan rekod clean sheet kami akan memenangi perlawanan jadi kami berjaya.”

“Kami berjuang habis-habisan seperti satu pasukan. Pemain seperti Harry (Maguire), dia tidak bermain banyak seperti yang dia boleh. Namun ketika dia bermain hari ini dan dia bermain dengan sebaik mungkin, jadi ini bermakna pasukan kami kuat dan kami sangat gembira dengannya.”

Maguire pula menegaskan bahawa kemenangan adalah perkara paling penting dan bukannya dirinya secara individu.

“Memenangi perlawanan adalah perkara paling penting, ini bukan tentang diri saya sendiri. Saya ketua pasukan ini, saya letakkan pasukan jauh di atas berbanding diri saya. Sama ada saya bermain atau tak, saya mahu pasukan ini sukses.”

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari