Dembele Minta Barca Saingi Tawaran Kelab EPL Jika Mahu Dia Kekal

Ousmane Dembele masih belum melanjutkan lagi kontrak bersama dengan Barcelona. Kehadiran Xavi Hernandez di Barca membuatkan pemain itu sedia untuk berbuat demikian.

Xavi sudah berkali kali menyatakan bahawa Dembele merupakan pemain penting dalam Barcelona.

Xavi malah menyatakan bahawa Dembele berpotensi menjadi pemain terbaik dunia untuk pemain yang bermain di posisinya.

Dembele sudah memasuki tahu akhir kontraknya bersama dengan Barcelona. Dan boleh pergi secara percuma jika tidak melanjutkan kontraknya.

Dembele menjadi perhatian banyak kelab lain di Eropah ketika ini. Itu yang membuatkan Barca benar benar risau kehilangan pemain itu.

Barcelona tidak mahu Dembele pergi secara percuma selepas membeli pemain itu dengan nilai EUR110 juta dari Borussia Dortmund.

Namun kariernya di Barcelona seringkali diganggu kecederaan. Xavi sudah menstruktur semula bahagian pemulihan dan kecergasan pemain. Dengan harapan akan dapat membantu pemain seperti Dembele.

Dembele pemain yang berbakat. Membuatkan Xavi tidak mahu pemain itu mempersia siakan bakatnya. Dembele sebelum ini pernah didenda kerana lewat  3 minit. Namun pemain itu kemudian berubah dan menjadi pemain terawal tiba di pusat latihan pada hari berikutnya.

Xavi mahu membentuk gandingan Dembele dan Ansu Fati di barisan hadapan serangan Barcelona.

Dan pemain Perancis itu menyatakan kesudiannya untuk terus kekal serta menolak tawaran kelab lain. Namun dengan syarat Barcelona menuruti permintaannya untuk kenaikan gaji.

Dembele mahu Barcelona menyaingi beberapa tawaran daripada kelab Inggeris yang dikatakan menawarkan sekitar EUR20 juta ke EUR30 juta semusim, menurut laporan Foot Mercato.

Foot Mercato melaporkan bahawa Newcastle bukan kelab yang menawarkan gaji EUR30 juta tersebut.

Tawaran Barcelonaa sebelum ini lebih rendah daripada nilai itu. Maka Dembele meminta Barcelona melakukan sesuatu untuk menaikkan lagi tawaran mereka.

Namun begitu pengurus baharu pasukan Barcelona iaitu Xavi Hernandez menegaskan bahawa agenda untuk melanjutkan kontrak Ousmane Dembele antara senarai dalam keutamaan pengurusan beliau pada ketika itu.

Ini kerana Barcelona tidak memiliki kekuatan kewangan untuk membeli pemain bintang yang baharu. Gara-gara kelab mereka menanggung beban yang sangat tinggi.

Barcelona memfokuskan untuk menggunakan pemain dari akademi untuk dinaikkan pangkat. Seterusnya berusaha untuk melanjutkan kontrak pemain-pemain yang sedia ada.

Baca yang lain