Detik Dominique Da Sylva Skor 4 Bantu Terengganu Comeback Tewaskan Kedah 4-3

Terengganu mungkin baru sahaja melakukan comeback of the year dalam Liga Super Malaysia.

Kalau tak pun mungkin dalam top 3 comeback if the year. Kerana masih ada banyak lagi game selepas ini.

Sang Penyu berjaya bangkit daripada 3-1 dan berjaya menang dengan keputusan 4-3.

Malam Da Sylva

Terengganu terlebih dahulu di hadapan meneruskan Dominique Da Sylva pada minit kedua lagi. Ifwat melakukan keeper error gagal menghadang tandukan itu.

Namun pasukan Kedah membalas dengan tiga gol selepas itu.

Ianya dimulakan dengan gol ke-19 oleh Renan Alves. Juga berlaku keeper error melibatkan penjaga gol Terengganu.

Kpah Sherman kemudian meletakkan Kedah di hadapan pada minit ke-22. Ianya serangan balas yang sangat kemas dan disudahkan dengan finishing rendah yang cantik.

Kedah Masuk ke bilik persalinan dengan mendahului 2-1.

Bersambung babak kedua Kedah menambah satu lagi gol. Kipre meletakkan Kedah 3-1 menerusi Kipre.

Kedah dilihat sudah mampu untuk mendapatkan tiga mata dalam perlawanan ini.

Dominique Da Silva kemudian merapatkan jurang gol pada minit ke-64. Ifwat gagal untuk menafikan percubaan yang sudah cuba diadakapnya.

Dominique Da Silva mencetak hatrik beliau pada minit ke-81. Untuk menjadikan malam ini dia punya.

Dan paling dramatik adalah beliau berjaya menjadi penjaring gol kemenangan dengan gol keempat peribadinya pada malam ini.

Nah saksikan momen itu di sini.

Memang gila

Bukan selalu nak tengok game dengan kebangkitan gila babi macam ni

Kedah bangkit dengan 2 gol selepas ketinggalan 0-1. Kemudian Terengganu bangkit untuk menang 4-3 selepas ketinggalan 3-1

Nama Dominique Da Silva akan menjadi bualan di kedai kopi di Terengganu dan seluruh Malaysia esok.

Ini merupakan kekalahan kedua pasukan Kedah selepas dua perlawanan. Dan Terengganu berjaya bangkit daripada kekalahan perlawanan pertama.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.