Detik Potong Bawang: Frontliner Ini Dan Ibunya Berjumpa Pertama Kali Selepas 3 Bulan

Video menyentuh hati seorang Frontliner yang membuatkan kejutan kepada emaknya yang sedang berada di gerai nasi lemaknya.

Friend of PDRM berkongsi video tesebut dengan kapsyen: “Sediakan tisu sebelum tekan play. Admin pun menangis masa edit video ini.”

“Siapa potong bawang wei.”

“Enam bulan dalam Pusat Latihan, tiga bulan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), tak dapat jumpa mak dan family.

“Sekali dia buat surprise datang gerai nasi lemak mak dia..”

“Siapa belum dapat jumpa mak ayah lagi boleh la video call sekarang. Hargailah mereka selagi masih ada.”

Ketika tiba di gerai tesebut ibunya langsung tidak mengenali anaknya yang memakai jaket serta topi serta pelitup muka.

Lelaki itu berpura pura mahu membeli makanan di situ.

Ibunya hanya tersedar kelibat jejaka di depan itu adalah anaknya ketika rakannya berkata: “Ini anak mak cik.”

Kedua dua ibu dan anak terus berpelukan dalam keadaan terharu.

Mana tak sebak, enam bulan tak jumpa. Anaknya bertarung dengan nyawa setiap hari menyelamatkan orang lain ketika berperang dengan wabak.

Hari raya pun mereka tidak berjumpa dan bersua muka.

Kelas hari itu detik yang sangat bermakna bagi kedua dua ibu dan anak tersebut.

Lihat detik potong bawang itu di sini:

Rata rata netizen terharu dengan apa yang mereka saksikan.

Malah ada yang menganggap momen itu memberikan kesedaran dan kerinduan masing masing kepada ibu bapa mereka.

Ada juga yang mengingatkan kepada yang lain untuk pergi berjumpa emak ayah apabila berkesempatan kerana ada mereka yang sudah tidak ada ibu atau ayah lagi buat selamanya.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di