Detik Sky Sports Terpaksa Minta Maaf Selepas Evra Dedahkan Zaha Meniduri Anak Moyes

Beberapa tahun lalu, Patrice Evra membangkitkan kembali khabar angin mengenai kegagalan Wilfried Zaha di Manchester United.

Dia berkata, pemain berusia Crystal Palace itu gagal di United selepas dia mempunyai hubungan sulit dan meniduri anak David Moyes.
l.l – adalah perkara sebenar.

Namun tidak ada kepastian sama ada perkara itu betul atau tak. Yang pastinya, berita itu sentiasa menjadi topik yang akan dibangkitkan peminat berkenaan dengan khabar angin kenapa Zaha tiba tiba kena tendang daripada United.

Selepas beberapa tahun para peminat hanya bermain dengan spekulasi, tiba tiba Patrice Evra seolah olah menamatkan penantian semua, mengesahkan bahawa benda tu betul.

Evra pernah berkongsi ruang persalinan dengan Zaha. Jadi ramai yang mulai percaya bahawa rumors itu adalah betul.

Masa depan Zaha di United hancur sebab cinggey

Manchester United membeli Wilfried Zaha pada Januari 2013. Pada masa itu, Sir Alex Ferguson masih menjadi pengurus.

Ferguson membeli Wilfried Zaha dengan kepercayaan bahawa dia akan menjadi pemain bintang sama seperti beberapa pemain sayap legenda yang lain.

Namun, sebaliknya berlaku. David Moyes, yang meneruskan tugasnya di Old Trafford, memutuskan untuk tidak menggunakan khidmat Zaha.

Wilfried Zaha segera dihantar semula ke Crystal Palace pada musim 2013/2014, walaupun dia telah menunjukkan prestasi yang baik dalam sesi pra-musim.

Zaha juga sudah bermain dua perlawanan Liga Perdana Inggeris dengan United.

Ada banyak spekulasi mengenai sebab Wilfried Zaha gagal mendapat tempat ketika United dikendalikan David Moyes.

Salah satunya ialah berita mengenai hubungan sulit Zaha dengan anak Moyes. Khabar angin itu sudah mulai reda, namun Evra menghangatkan dan membankitkannya semula.

“Saya rasa apa yang merosakkan kariernya di Manchester United adalah ketika dia mempunyai hubungan sulit – sama ada benar atau tidak – dengan anak perempuan David Moyes,” kata Evra kepada Sky Sports.

“Saya ingat di pra musim dia bermain setiap perlawanan, tetapi ketika berita itu keluar, dia pun keluar dari pasukan dan dia terus tak nampak muka dah,” jelas Evra.

Kenyataan Patrice Evra segera menuai kontroversi. Sebenarnya, Sky Sports melalui hos, Kelly Cates, dengan segera meminta maaf dia atas kata-kata Evra.

Sky Sports dan Evra mendapat kecaman teruk daripada segelintir pihak kerana membangkitkan isu yang tidak pasti kebenarannya.

“Kami meminta maaf dan memahami bahawa itu sama sekali salah dan Wilfried Zaha tidak pernah bertemu dengan anak perempuan Moyes,” jelasnya.

“Kenyataan yang dibuat oleh Patrice Evra tidak benar dan kami meminta maaf atas kesilapan yang timbul,” kata Kelly Cates.

Zaha menjadi pemain yang sangat digeruni di Palace. Zaha sudah pun menukar kerakyatannya untuk mewakili Ivory Coast. Ianya selepas Zaha kecewa tidak diberikan tempat dalam skuad kebangsaan England.