Detik Undertaker Ingatkan Tombstone Piledrivernya Membuatkan Hulk Hogan Terbunuh

The Undertaker memasuki WWE pada waktu itu pentas dipenuhi dengan nama bintang. Beliau perlahan-lahan berjaya ke puncak tetapi mengingati satu peristiwa yang masih menyusahkannya.

Undertaker telah berbincang dengan ESPN di mana dia mendedahkan bahawa Hall of Famer WWE – Hulk Hogan pernah berbohong mengenai kecederaan yang beliau alami.

Undertaker memenangi gelaran WWE pertamanya menentang Hogan di Survivor Series 1991. Perlawanan berakhir dengan Taker menggunakan gerakan cap dagangnya, Tombstone Piledriver. Hulk Hogan menyalahkan Taker atas tindakan itu yang mendakwa bahawa ia telah mencederakan lehernya.

“Hogan mendakwa bahawa saya menyakitinya dengan gerakan tombstone semasa acara PPV. Hulk masih ‘angsa emas’ pada masa itu.”

“Jadi saya fikir mereka akan berpihak kepadanya kerana mereka tidak boleh mempercayai saya atau yang lain. Mereka tidak benar-benar menjelaskan kepada saya apa alasannya,”jelas Undertaker.

Shane McMahon meyakinkan Taker bahawa kepala Hogan jauh dari menyentuh ‘mat’. Walaubagaimanapun, Taker percaya bahawa dia telah menyakiti bintang terbesar tersebut pada ketika itu.

“Shane di sana memberitahu saya, dia seperti, ‘Mark kepalanya tidak hampir daripada menyentuh permukaan ‘mat’ itu.’ Saya seperti, ‘Tidak, kawan.’ Saya tidak boleh mendengarnya. Saya telah menyakitinya.”

“Saya tidak dapat berfkikir benda lain masa tu. Saya hanya fikir bahawa saya telah membunuhnya. ”, kata Taker.

Sebagai rekod, Hulk Hogan telah mengalami beberapa siri kecederaan dalam kariernya.

Undertaker kemudian mengatakan bahawa beliau berjumpa dengan Hogan untuk bercakap mengenai kecederaan itu dan menyedari pendirian Hogan.

Hulkster telah pergi ke merata media untuk menyebarkan berita mengenai Taker telah menyakitinya. Undertaker percaya bahawa itu adalah sebab yang akan membuatkan gelarannya terancam.

“Akhirnya, saya sampai di San Antonio. Saya berkata, ‘Terry [Hogan], saya melihat rakaman itu kembali, kepala kamu tidak pernah terkena!’ Dia kemudian memaut leher saya [memberikan isyarat]. Saya tidak dapat bergerak sama sekali ketika itu.”

“Pada ketika itu, saya seperti, Baiklah.”

“Saya menyedari bahawa saya tahu apa yang anda mahukan, dan hanya itu yang saya perlukan,” kata The Deadman.

Undertaker menyatakan dia bakal kehilangan gelaran WWE miliknya kepada Hogan 6 hari kemudian selepas kemenangannya. Selepas pemergian Hogan ke WCW pada tahun 1993, Taker menjadi watak utama dalam WWE, gelaran itu masih dipegangnya.

Undertaker mengenai pendiriannya sekarang dengan Hulk Hogan

Taker mengulas bahawa dia telah mengekalkan hubungan profesional dengan Hogan walaupun apa yang telah berlaku.

“Saya bukan jenis orang yang terlalu ramah, tetapi saya tahu, jika dia ada di bangunan itu, saya selalu memastikan saya sempat bertanya khabar dan membawanya berbual bual.”

“Tetapi, saya selalu, seperti yang saya katakan, ketika saya mendapat jawapan itu, saya telah tahu semua yang perlu saya tahu mengenai dia.”

“Dan begitulah keadaan selalunya. Radar saya selalu aktif pada bila bila masa saya harus berinteraksi dengannya, ”kata Undertaker.

Hulk Hogan telah menjadi sebahagian daripada banyak kontroversi pada masa lalu. Pendedahan dari Taker menambahkan lagi kisah tersebut. Walaupun begitu, Taker mempunyai kerjaya yang gemilang di WWE, sesuatu yang hanya dapat diimpikan oleh orang lain.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu