DFB Tolak Ralf Ragnick Kerana Nak Revolusikan DNA Jerman

Jerman sedang mencari pengganti baharu untuk Joachim Low yang akan meninggalkan pasukan tersebut selepas tamat aksi Euro. Lebih awal daripada durasi kontraknya.

Beberapa nama dalam senarai DFB termasuk Hanis Flick dan Jurgen Klopp. Ralf Ragnick antara pengurus yang berada dalam radar DFB.

Dan rata rata peminat Jerman sangat setuju dengan Ragnick. Ini selepas Hansi Flick dan Klopp sudah menyatakan komitmen mereka kepada kelab.

Namun selepas berbincang dengan pengurus itu, DFB memutuskan bahawa Ragnick bukan orang yang sesuai.

DFB mahu mencari pengurus yang boleh meneruskan DNA bola sepak pasukan kebangsaan mereka. Serta bekerja dalam struktur yang sudah dibentuk.

Ragnick dilaporkan mahu memulakan revolusi sendiri dengan menukar beberapa aspek tersebut mengikut sistem beliau. DFB tidak boleh menerimanya.

DFB merasakan DNA dan sistem yang sedia ada perlu diteruskan untuk memastikan kesinambungan pada projek mereka. Lagipun ianya tidak ada kerosakan yang teruk.

Korang boleh baca tentang DNA Jerman di sini:

Mereka ada sistem permainan yang berasaskan prinsip dan falsafah permainan. Seterusnya karakter pasukan terbina daripada beberapa aspek penting dalam organisasi mereka.

Walaupun begitu ramai peminat tetap menyokong Ragnick yang menurut mereka mahu merevolusikan semula pasukan kebangsaan Jerman selepas kegagalan Piala Dunia yang lalu.

Ragnick dikenali dengan corak pengurusan taktikal yang ofensif dan juta berintensiti tinggi. Sesuai dengan gaya Jerman pada hari ini.

Dan peminat juga menganggap DFB sekarang semakin bodoh sombong dan penuh dengan budaya politik melampau di dalamnya sehinggakan orang seperti Ragnick nak merevolusikan pasukan kebangsaan pun mereka tak nak terima.

Musim sebelum ini Ragnick dilaporkan sudah menerima jawatan menjadi pengarah sukan AC Milan. Namun kemudian menolaknya kerana mahu menjadi pengurus.

Tiada kesepakatan dicapai kerana Milan sudah ada pilihan sendiri dan kemudian Paolo Maldini dilantik mengisi jawatan tersebut.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi