DFB Tolak Rayuan Dan Aduan Tak Berasas Freiburg – Kemenangan Bayern Dikekalkan

Bayern Munich pada hari Jumaat mengalu-alukan keputusan FA Jerman (DFB) yang menolak rayuan Freiburg terhadap kekalahan 4-1 di laman sendiri hujung minggu lalu di tangan pendahulu Bundesliga itu kerana bermain dengan 12 pemain.

Pada hari Sabtu sebelum ini, Bayern Munich ternyata benar benar mencetuskan kontroversi selepas mereka beraksi dengan 12 orang. Pendahulu saingan Bundesliga itu berjaya menewaskan Freiburg 4-1 di halaman lawan, dengan Leon Goretzka, Serge Gnabry, Kingsley Coman dan Marcel Sabitzer muncul sebagai penjaring gol.

Kontroversi

Walau bagaimanapun, kemenangan mereka itu sedikit terganggu dek insiden aneh yang mana Bayern Munich secara tak sengaja bermain dengan kelebihan seorang pemain untuk tempoh selama 10 saat.

Ya, lebih seorang pemain bermaksud dalam tempoh 10 detik itu Bayern bermain dengan 12 pemain bertemu pasukan tuan rumah yang memiliki 11 pemain. Insiden itu berlaku kira kira 18 saat.

Kingsley Coman sepatutnya dikeluarkan namun dek kerana berlaku kesalahan pada papan nombor yang mana papan tersebut memanggil nombor 29 ketika memanggil beliau keluar, sedangkan itu adalah nombor jersi lamanya, maka Coman tak tahu beliau harus keluar.

Pemain kebangsaan Perancis itu ketika ini memakai jersi bernombor 11 dan kerana melihat nombor yang dipanggil bukan nombornya, maka beliau sekadar meneruskan permainan seperti biasa.

Pegurus yang mengendalikan pertukaran pemain Bayern, Kathleen Kruger menjadi perhatian media kerana kesilapannya membuatkan perkara itu berlaku.

Christian Falk malah menyatakan bahawa Kruger pasti tak boleh tidur selepas kesilapan budak sekolah seperti itu.

Menariknya, cukup hanya dengan perbincangan 5 minit atas padang, segalanya selesai!

Sabitzer ketika itu sudah memasuki padang namun Coman tidak keluar dan kerana itulah Bayern Munich memiliki 12 pemain yang berada di atas padang pada ketika itu.

Mujur saja pengadil perlawanan segera sedar dan terus memberhentikan permainan sebelum mengarahkan Coman untuk keluar.

Tidak dinafikan, pengadil sememangnya mengambil masa yang agak lama untuk memutuskan sesuatu kerana hal ini jelas sekali sangat jarang berlaku.

Tak ada sebarang tindakan yang dikenakan ke atas Bayern Munich atas insiden tersebut dengan Kingsley Coman sekadar keluar dari padang ketika pengadil sedang berbincang.

8 minit masa tambahan diberikan dan ia sebenarnya memberi ruang kepada Sabitzer, pemain yang masuk menggantikan Coman itu menjaringkan gol pada minit ke-96 permainan.

Pengurus pasukan, Julian Nagelsmann mengesahkan masalah yang berlaku ketika temu bual selepas tamat perlawanan, dan beliau menegaskan bahawa segala yang berlaku hanyalah salah faham.

“Saya gembira kami mengekalkan mata,” kata pengurus Bayern, Julian Nagelsmann.

Freiburg jelas tidak selesa kerana terpaksa membuat bantahan dan dalam satu kenyataan Isnin lalu, kelab itu menyifatkan situasi itu sebagai “dilema bukan kerana kesalahan kami sendiri”.

Jurulatih Freiburg Christian Streich telah menegaskan bahawa rayuan itu “bukan mengenai kami mendapat mata”. Namun dia menuntut keadilan berdasarkan peraturan permainan.

Pada hari Selasa, Nagelsmann telah menyelar pengurusan tertinggi Freiburg kerana membuat rayuan kepada DFB tentang perkara itu.

Namun Nagelsmann menafikan dia ada masalah secara peribadi dengan mana mana pihak di Freiburg.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya sama sekali tidak kecewa dengan Christian Streich atau (pengarah sukan Freiburg) Jochen Saier,” kata Nagelsmann.

“Saya hanya menyatakan pendapat saya. Christian Streich adalah insan yang baik dan jurulatih yang cemerlang.”

Rayuan dan bantahan Freiburg tidak berasas

DFB kemudian mengumumkan bahawa keputusan 4-1 memihak kepada Bayern akan terus dikekalkan. Dan 3 mata masih milik Bayern.

Rayuan Freiburg ditolak dan dianggap tidak ada asas yang kukuh. Hal ini kerana insiden tersebut dianggap satu insiden terpencil dan hanya berlaku 18 saat sahaja.

Baca yang lain