Di Canio Cerita Detik Terkejut Dapat Panggilan Sir Alex Yang Mahukannya

Legenda West Ham, Paolo Di Canio mendedahkan butiran panggilan telefon beliau dengan Sir Alex Ferguson pada 2001 di mana dia menolak peluang untuk menyertai Manchester United.

Bintang dari Itali, yang menyertai West Ham pada tahun 1999, adalah kapten Hammers pada ketika itu.

Beliau dianggap antara pemain yang paling mengujakan ketika beraksi. Pemain yang kerap mencetuskan magis untuk pasukannya.

Ini termasuk deretan koleks gol yang cantik cantik dilakukannya.

West Ham berjaya menggilap bakat West Ham menjadi luar biasa selepas tidak begitu diberikan peluang di Sheffield United.

Di Canio sangat terhutang budi dengan West Ham. Namun selepas kecemerlangan Di Canio di bawah kendalian Harry Redknapp di Upton Park, Ferguson menghubungi pemain berusia 33 tahun pada Hari Krismas tahun 2001.

Beliau mendapat banyak tawaran daripada kelab lain, namun panggilan dari Sir Alex Ferguson ini adalah berbeza dengan tawaran lain.

Ianya daripada salah seorang pengurus terbaik dalam sejarah dan daripada pengurus pasukan yang sedang berada dalam kemuncak prestasi.

Fergie mahu berbincang tentang perpindahan Di Canio ke Unitd United. Di Canio mengakui perkara itu sangat mengejutkan beliau.

“Awalnya saya fikir ia adalah satu jenaka / prank. Dan saya fikir ia adalah kawan saya dari Itali yang mengajuk cara Alex Ferguson bercakap,” jeals Di Canio dalam podcast Talk Sky Sports News.

“Perut saya senak sedikit ketika itu. Kerana saya selalu memandang rendah akan diri sendiri. Tetapi sebenarnya, anda lebih besar daripada apa yang anda fikirkan.”

“Manchester United menghubungi kamu, cuba memujuk kamu untuk berpindah ke sana kerana mereka mahukan kamu.:

“Selama beberapa minit kamu terasa diri kamu tu sangat besar dan kuat.”

“Adalah pelik untuk saya menyatakan tidak kepada Sir Alex. Saya berkata.”

“Terima kasih sir Alex, 1000 kali terima kasih, tetapi saya tidak boleh menyertai kamu.”

“West Ham adalah keluarga yang membantu saya bangkit ketika masa yang paling teruk dalam hidup saya, saya adalah ketua pasukan di sini, dan saya tidak boleh.”

Sir Alex Ferguson kemudian menyatakan beliau memang tidak silap dalam menilai Di Canio.

Walaupun beliau seorang yang dikenali dengan imej bad boy di atas padang, tetapi hakikatnya dia seorang insan yang hebat dan mencurahkan jiwanya untuk kelab yang memberikannya kepercayaan.

Di Canio menyatakan: “Sir Alex memberitahu saya: “Paolo, saya hormati apa yang kamu buat ini, saya suka orang yang berfikir dengan cara ini, dan ternyata kamu adalah orang yang seperti saya fikir tentang kamu’.”‘

Ketika beliau menerima panggilan itu, Man United adalah juara bertahan Liga Perdana Inggeris dan pasukan paling berjaya dengan.

Namun Di Canio menyatakan beliau tidak akan pernah menyesal dengan keputusannya demi West Ham United.

Ini kerana kelab tersebut telah membantunya keluar daripada masa sukar dan membantunya menikmati bola sepak yang beliau inginkan di atas padang.

“Dan akhirnya saya terus kekal di West Ham. Saya tak pernah menyesal dengan keputusan saya walaupun United adalah pasukan terbaik, memenangi Liga Juara Juara Eropah dan memenangi liga.

“Dan saya tidak pernang memenangi liga dalam 4 setengah tahun saya memakai jersi West Ham United.”

Di Canio kemudian menyertai Charlton Athletic, 18 bulan selepas itu.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di