Di Indonesia, Isteri Tua Hantar Jengkaut Musnahkan Rumah Madunya

Penduduk di daerah Serdang Bedagai dekat Sumatera Utara gempar apabila sebuah sebuah rumah dekat sini dimusnahkan oleh sebuah jengkaut, kelmarin.

Kejadian yang berlaku di Desa Mangga Dua, Kecamatan Tanjung Beringin itu dipercayai berpunca daripada ‘amukan’ isteri tua yang mengetahui suaminya mempunyai isteri lain dan tinggal di bangunan tersebut.

Video yang mula tular hari ini itu merakamkan sebuah jengkaut memusnahkan sebuah rumah sambil diperhatikan penduduk kampung.

Menurut penduduk, pengendali jengkaut itu telah diupah oleh pihak isteri yang percaya kediaman tersebut dihuni isteri baharu suaminya.

Ketua Mukim Tanjung Beringin Serdang Bedagai, Syafruddin mengesahkan ada sebuah rumah dimusnahkan dengan jentera berat sebagaimana video yang tular.

Menurutnya, dia tidak tahu jika rumah itu didiami oleh isteri muda seorang lelaki sebagaimana cerita dalam video yang tular berkenaan.

Saksi mendakwa, isteri pertama ada di tempat kejadian untuk memerhatikan kerja kerja itu.

Ujarnya, orang yang mendiami rumah tersebut adalah warga Medan.

“Masalahnya itu kita tidak tahu. Itu bukan orang sini. Orang Marelan itu, kedua-duanya. Tapi sudah lama di sini dan orangnya tidak ada di sini saat ini,” katanya yang dipetik Detik.com.

Syaruddin berkata, dia hanya mendapat cerita bahawa rumah itu dihancurkan oleh pihak isteri pertama.

Namun dia tidak jelas akan butiran identiti pihak terkait perobohan rumah itu.

Menurut penduduk kampung, rumah itu adalah milik Minar, 36, seorang janda anak satu dan kini sedang hamil.

Namun sebelum dirobohkan, rumah itu sudah lama kosong dan perabotnya sudah dibawa keluar.

Ramai warganet yang menyokong tindakan isteri tua itu kerana menurut mereka itulah akibatnya merampas laki dia.

Namun ada juga meminta isteri tua itu bermuhasabah diri kerana tindakannya boleh menyebabkannya ditahan polis.

Baca yang lain