Di West Virginia, Suntik Vaksin – ‘Free’ Senapang, Lesen Memancing Seumur Hidup Dan Wang U$D1 Juta

Datuk Bandar Virginia Barat, Jim Justice mahu rakyat di dalam kawasannya mempercepatkan lagi proses pengambilan vaksin. Dan beliau menawarkan hadiah khas berupa selaras senapang kepada sesiapa sahaja masyarakat di kawasan itu yang sudah mengambil vaksin.

Perakra itu diumumkan sebagai salah satu langkah untuk menyokong pengambilan vaksin secara besar besaran di kawasan Virgina Barat.

Buat masa ini, di Virginia Barat, 84% daripada mereka yang berusia 65 tahun ke atas sudah menerima vaksin sekurang kurangnya 1 dos. Manakala 75% lagi daripada mereka yang berusia 50-64 tahun pula sudah mengambil sekurang kurangnya dos pertama.

Jim Justice berkata: “Semakin cepat kita buat perkara ini, semakin cepat kita sampai ke garisan penamat dan semakin banyak wang yang kita boleh selamatkan di masa akan datang.”

Wartawan kemudian bertanya soalan pelik. Kenapa Jim sanggup melakukan perkara yang tak masuk akal dengan memberikan insetif senapang. Jim berkata, langkah itu langkah yang perlu diambil, tanpa mengira apa jenis insentif. Kerana beliau tidak mahu hanya duduk diam melihat proses suntikan vaksin itu terlalu perlahan.

Seterusnya Jim Justice turut risau dengan pengaruh puak anti vaksin yang menurutnya semakin aktif memomokkan rakan rakan mereka tentang vaksin.

Dengan jumlah orang yang diberi vaksin di populasi negeri tersebut pada saat ini tidak berada pada tahap optimum, program insentif ini sangat luas.

Jadi, mereka yang layak, akan peluang untuk memenangi lima senapang berburu dan lima pistol.

Isentif lain yang boleh dimenangi mereka yang mendapatkan vaksin termasuk wang tunai $1 juta, lesen berburu dan memancing seumur hidup, trak khusus, percutian hujung minggu ke taman negara Virginia Barat dan biasiswa empat tahun penuh untuk mana-mana institusi Virginia Barat yang berumur 12 hingga 25 tahun.

Dengan insentif seperti ini, gabenor mengharapkan peningkatan vaksinasi yang diberikan.

Untuk memenuhi syarat memenangi sebarang hadiah, anda mesti menjadi penduduk West Virginia dan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19. Laman web untuk mendaftar mana-mana insentif masih dibangunkan pada masa penerbitan.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di