Dilabel GOAT Oleh Warga Google, Ini Jawapan Rossi

Pelumba Monster Energy Yamaha, Valentino Rossi, memberikan jawapan ketika dilabw dengan gelaran terhebat sepanjang masa atau GOAT (Greatest of all time)

Valentino Rossi akan kembali ke perlumbaan di MotoGP Styria 2020 yang berlangsung di Red Bull Ring, Spielberg, Austria, pada Ahad.

Menjelang permulaan siri perlumbaan MotoGP 2020 kelima, Rossi dan pelumba MotoGP lain mengadakan sesi sidang media pada hari Khamis.

Semasa sesi tersebut, Rossi ditanya mengenai topik yang paling banyak dicari melalui Google.

Melalui laman carian maklumat terkenal di dunia, topik yang paling banyak dicari mengenai Rossi adalah pelumba terhebat sepanjang zaman (GOAT).

Rossi agak kesipuan dengan kenyataan tersebut. Dan beliau menegaskan beliau tak pernah tak pernah ambil tahu soal kambing (goat) ke tak. Apa yang penting baginya adalah terus bersaing di peringkat tertinggi.

“Sejujurnya, saya tidak tahu. Saya hanya menerima cabaran seperti ini [terus berlumba] dengan para pelumba di sini,” kata Rossi.

Rossi memenangi Gelaran juara dunia bermula dari kelas 125cc (sekarang Moto3) pada tahun 1997, 250cc (sekarang Moto2) pada tahun 1999, 500cc (sekarang MotoGP) pada tahun 2001, dan MotoGP pada tahun 2002-2005 dan 2008-2009.

Pencapaian Rossi kini hanya satu sahaja dibezakan dengan gelaran dunia dari Marc Marquez.

Sehingga musim lalu, pelumba utama pasukan Repsol Honda telah mengumpul sebanyak lapan gelaran kejuaraan dunia dengan kejuaraan 125cc pada 2010, Moto2 pada 2012, dan MotoGP pada 2013-2014 dan 2016-2019.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.