Dilarang Gemuk, Minum Arak Atau Datang Lewat Antara 5 Peraturan Ketat Ten Hag

Manchester United agak kucar-kacir di dalam dan di luar padang musim lalu. The Red Devils mengharungi masa yang sukar di atas padang.

Mereka menamatkan musim 2021/22 tanpa trofi dan hanya mampu meraih tempat keenam dalam Liga Perdana.

Terdapat juga masalah di luar padang, dengan laporan tentang pergolakan bilik persalinan muncul secara konsisten.

Erik ten Hag telah dilantik sebagai pengurus pada bulan Mei.

Dia telah diberi tugas untuk mengubah budaya di kelab dan memulihkan prestasi mereka kepada kegemilangan mereka dahulu.

Dan ia tidak mengambil masa yang lama untuk memulakan projek tersebut. Laporan daripada Mirror telah memperincikan peraturan ketat yang telah dia sediakan.

Ten Hag sendiri sudah menyatakan bahawa dia mahu menghapuskan kuasa pemain di Manchester United yang telah membelenggu kelab itu sekian lama sejak pemergian Sir Alex Ferguson.

Berikut adalah 5 peraturan ketat Ten Hag

1. Jangan bocorkan rahsia bilik persalinan

Maklumat yang bocor dari dalam bilik persalinan adalah masalah utama musim lalu. Ten Hag telah memberitahu pemain mereka akan dibuang dari pasukan jika mereka didapati bersalah berbuat demikian.

Isu bilik persalinan Man United memang agak luar biasa dalam beberapa musim ini. Daripada pemain yang tidak sehaluan dengan pengurus sehinggalah rahsia kelambu pasukan mereka bocor ke tangan media begitu sahaja.

Pemai diingatkan agar tidak mengadu kepada ejen. Ten Hag mahu pemain datang kepadanya jika mereka mempunyai masalah dan bukan ejen mereka.

Jelas Ten Hag tidak akan melayan sebarang perkara mengarut daripada pemainnya.

Rio Ferdinand dan Gary Neville pernah bersuara tentang perkara ini. Di mana ramai ejen pemain di Manchester United menjadi punca kenapa pemain mereka semakin besar kepala.

2. Tak boleh ambil alkohol pada minggu perlawanan

Pemain yang kantoi minum minuman keras akan digugurkan daripada tugasan.

3. Hukuman kerana lewat ke latihan atau mesyuarat pasukan

Ten Hag akan menggugurkan pemain daripada tugasan perlawanan, jika mereka lewat ke latihan atau mesyuarat pasukan. Dia akan menghukum semua pemain tanpa mengira mereka superstar atau tidak.

4. Makan apa yang disediakan oleh kelab

Pengurus asal Belanda itu telah mengharamkan chef peribadi dan mahu pemain makan apa yang disarankan oleh pakar nutrisi kelab. Dia telah merombak menu di kompleks latihan Carrington mereka, dengan ciri-ciri ikan dan sayur-sayuran yang lebih menonjol berbanding sebelum ini.

Cristiano Ronaldo antara pemain yang terkejut melihat menu di kompleks sukan Manchester United sebelum ini. Dia meminta diet khas daripada kelab dan Ralf Rangnick dilaporkan mengarahkan pemain lain mengikut rutin pemain legenda itu.

Selain itu pemain juga dilarang mengambil alkohol pada minggu yang ada hari perlawanan.

5. Indeks jisim badan (BMI) diperiksa setiap bulan

Ten Hag mahu memastikan pemain berada dalam keadaan terbaik mereka pada setiap masa. Setiap pemain United telah menyediakan pelan diet yang dibuat khas.

Ten Hag mahukan para pemainnya sentiasa berada dalam kondisi fizikal terbaik mereka dan tidak terlebih lemak ataupun bahasa mudahnya tak gemuk.

Adakah ia akan berjaya?

Ianya memerlukan sokongan daripada pemilik kelab dan BOD. Sebelum ini beberapa pengurus mereka pernah cuba mengubah budaya tersebut, namun mereka mendapat penentangan daripada pemain. Akhirnya kelab berpihak kepada pemain.

Contoh terbaik adalah Jose Mourinho ketika dia menuduh Pogba sebagai virus yang mampu menjangkiti pemain lain. Mourinho dipecat kerana kelab tak mahu dia menjual pemain itu ke Real Madrid pada masa itu.

Selain itu, bekas pemain Manchester United, Dmitar Berbatov pernah bersuara bahawa, Manchester United terlalu ego untuk menerima perubahan daripada orang yang dianggap orang asing.

Oleh sebab itu kelab itu sentiasa cuba mengutamakan bekas pemain mereka untuk dijadikan staf pengurusan atau kakitangan kejurulatihan.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari