Diminta Cukur Jambang Kerana Terlalu Islamik, Punca Fekir Nekad Tinggalkan Lyon

RMC mendedahkan bahawa, Nabil Fekir nekad untuk meninggalkan Lyon selepas kelab itu diminta untuk mencukur bersih jambangnya sepanjang masa agar Nabil Fekir tidak terlalu Islamik ataupun berimej dengan simbol Muslim.

Ini kerana menurut kelab, ramai penyokong yang melihat pemain yang berjambang sebagai terlalu Islamik dan cuba menegakkan simbol Islam. Ianya dianggap tidak bagus untuk kelab. Entah apa dalam fikiran pengurusan masa tu pun tak tahulah kan. Apa kaitannya dengan bola sepak?

Pengurusan Lyon merasakan perkara itu akan menganggu publisiti mereka di kalangan penyokong mereka. Perancis memang antara negara yang banyak kali wujud sentimen diskriminasi ke atas orang Islam di sana.

Nabil Fekir sangat terkejut dengan permintaan tersebut. Walaupun sebelum ini dia pernah berjanji akan setia dengan Lyon. Bagi Fekir, dia kecewa kerana imejnya sebagai seorang Muslim menjadi perkara yang boleh dipersoalkan oleh kelab. Sedangkan Lyon adalah kelab bola sepak. Permintaan mereka itu dianggap tidak ada kena mengena langsung dengan bola sepak ataupun prestasinya.

Kalau perkara itu boleh mempengaruhi prestasinya, maka ada la logik mereka mintak benda macam tu. Fekir menjadi tunjang Lyon ketika itu dan sangat konsisten mempamerkan aksi cemerlang atas padang. Malangnya pengurusan tertinggi lebih peduli hal jambang dia berbanding statistik di atas padang.

Dia yang sebelum itu menghormati keputusan kelab untuk tidak menjualnya ke Liverpool, akhirnya nekad menyertai Real Betis pada 2019. RMC mendedahkan bahawa keputusan itu turut berkaitan dengan permintaan kelab yang mahu dia sentiasa mencukur jambangnya.

Fekir menolak sama sekali permintaan tersebut. Dan ianya menjadi titik tolak kepada keputusannya untuk meninggalkan Lyon.

Fekir menyatakan bahawa menyimpan jambang adalah sunnah dan imej kepada Nabi Muhammad. Beliau menegaskan bahawa, sebagai muslim, dia sentiasa cuba menunjukkan teladan yang baik kepada semua orang di luar sana termasuk sentiasa memastikan jambangnya dijaga dengan bersih.

Ramai yang menganggap bahawa tindakan Lyon itu bukan mengejutkan sangat pun. Kerana ianya cerminan kepada kerajaan Perancis yang dipenuhi dengan politician yang mendiskriminasi orang Muslim di sana.

Walaupun hakikatnya, Perancis merupakan antara negara Eropah yang memiliki populasi Islam yang paling banyak ketika ini. Dan mereka merupakan antara negara yang menikmati perkembangan Islam paling pesat di Eropah.

Namun kes diskriminasi ke atas komuniti Muslim di Perancis masih berleluasa termasuk menerusi media massa. Sedangkan negara mereka memiliki ramai sekali pemain bola sepak handalan beragama Islam.

Legenda yang dianggap sebagai legenda no.1 dalam sejarah bola sepak Perancis, beragama Islam iaitu Zinedine Zidane.

Pemain pemain Muslim ini antara sebab kenapa Perancis menjuarai 2 Piala Dunia dalam sejarah mereka. Terutama sekali dalam edisi 2018 yang lalu.

Menurut laporan Daily Sabah, pada tahun 2020, berlaku peningkatan serangan berusurkan Islamofobia di Perancis. Angka itu sangat serius.

 

Bukan sahaja di Perancis, malah di negara lain termasuk di UK pun boleh tahan juga teruk mereka ni.

Terbaru Paul Pogba menjadi mangsa serangan rasis dan Islamofobia. Dan dia terpaksa memadam gambar dia berdoa di depan Kaabah di Instagramnya.

Pogba meletakkan kapsyen: “Ya Allah! Guide us in the right path, Ya Allah accept our good deeds ,Ya Allah you are the one that forgives so forgive us. Amine! May Allah accept our Duas brothers and sisters.”

Hanya beberapa minit dia memuat naik gambar itu, dia diserang dengan banyak komen rasis dan anti Islam serta rasis kerana dia seorang berkulit hitam. Mereka menghina Pogba dengan banyak kata cacian. Seolah olah Pogba sedang melakukan jenayah. Pogba kemudian memutuskan untuk memadamkannya.

Amir Hussain sangat kecewa melihat Pogba dilayan sebegitu.

“Masih rasa jijik dengan bagaimana Paul Pogba menjadi mangsa serangan rasis, kebencian dan kebodohan di Instagram, kerana mengirim post dan menunjukkan kepada pengikutnya dia melakukan umrah.”

“Dan celah mana dia buat slaha di sini sampai diserang secara peribadi? Islamofobia wujud di UK dan di seluruh dunia.”

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di