Dipancing 4 Kelab Indonesia, Ibu Saddil Ramdani Nasihatkannya Kekal Sahaja Di Sabah FC

Teka-teki masa depan Saddil Ramdani masih belum terjawab dan ibunya kini mencadangkan agar pemain itu terus kekal di Sabah FC.

Saddil Ramdani masih belum menentukan masa depannya selepas kontraknya di Sabah FC hampir tamat hujung tahun ini.

Media di Indonesia melaporkan bahawa  Saddil Ramdani telah menerima 6 tawaran untuk menentukan masa depannya.

Pertama, Sabah FC selaku kelab Saddil kini menawarkan lanjutan kontrak.

Sabah FC berpuas hati dengan persembahan Saddil yang musim ini menjaringkan 4 gol dan 6 assist.

Kemudian tawaran dari Austria sebelum ini didedahkan oleh Kurniawan Dwi Yulianto.

Selain itu, terdapat 4 kelab Liga 1 di Indonesia yang turut mengintai Saddil Ramdani.

Dipetik daripada portal Bola Sport di Indonesia, Saddil berkata: “Ya, memang benar terdapat empat kelab Liga 1 2022/2023 (yang sedang menunggu).”

Daripada 6 tawaran itu, Saddil mengakui masih memerlukan rundingan bersama keluarga sebelum memutuskan tawaran mana yang akan diambil.

“Saya adalah tulang belakang keluarga yang mempunyai empat adik beradik dan tinggal bersama ibu,” kata Saddil.

“Saya tidak mempunyai bapa seperti orang lain yang boleh menyokong, membimbing atau menyara seluruh keluarganya.”

“Jadi saya terkaku dan berfikir sama ada saya harus mengorbankan kerjaya saya atau saya perlu memikirkan lebih lanjut tentang keluarga saya,” tambahnya lagi.

Saddil mendedahkan dia kini mendapat nasihat daripada ibunya untuk kekal di Sabah FC. Ini kerana Saddil menikmati bola sepak terbaiknya di sana. Berjaya menguatkan lagi statusnya sebagai pemain kebangsaan Indonesia.

Selain itu, ibunya melihat rezeki Saddil Ramdani  baik baik sahaja ketika menyarung jersi Sabah FC. Walaupun tawaran dari kelab Australia mungkin lebih besar.

Saddil juga mendedahkan dia sentiasa berimpian beraksi di Eropah. Tetapi untuk anak yang menjadi tulang belakang keluarga sepertinya, impian itu mungkin terpaksa dikorbankan kerana Malaysia adalah pilihan sangat baik.

Memandangkan negara ini dekat dengan Indonesia.

“Dalam hati saya dan keluarga terutama ibu saya, dia mahu saya kekal seperti sekarang (di Sabah FC),” kata Saddil.

“Sebab ibu saya kata mungkin rezeki saya masih baik di Sabah FC tetapi sebaliknya saya juga ada keinginan untuk bermain di Eropah,” katanya lagi.

Saddil Ramdani juga memberitahu media Indonesia bahawa Sabah FC merupakan antara kelab besar di Malaysia.

Pengurusan Sabah FC juga sangat profesional dan disokong oleh pasukan bimbingan yang berkualiti.

“Jurulatih Ong Kim Swe sangat bagus untuk masa depan pemain muda seperti saya,” kata Saddil.

“Saya merasakan keakraban jurulatih Ong Kim Swee seperti bapa dengan anak dan saya juga selesa di Sabah FC,” katanya lagi.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di