Disamping 8 Kejuaraan EPL, 2 Kali F* Off Kepada Ferguson Juga Merupakan Pencapaian Terbaik Gary Neville

Sir Alex Ferguson ‘memerintah’ Manchester United selama lebih 20 tahun dengan karektor yang keras dan tegas.

Tidak ada pemain yang boleh melepasi garisan sempadan diantara bos. Tidak ada pemain boleh menjadi lebih besar dari kelab.

Tapi entah macam mana Gary Neville tampil dalam satu temubual dan mengatakan dia boleh lakukannya.

Adakah Neville mereka kisah dongeng untuk menampakkan dirinya gempak boleh melawan bos.

Tidak syak lagi Ferguson merupakan pengurus paling hebat di Liga Perdana.

Kadang-kadang pendekatannya yang tidak masuk akalnya membantu pengurus dari Scotland ini melakar rekod yang tak mampu dicipta oleh pengurus lain.

Ferguson terus mengekalkan cara berkerjanya selama berdekad. Walaupun orang tak suka caranya tapi dia peduli apa.

Pemain yang bertengkar dengannya seringkali berakhir dengan dijual seperti Ruud Van Nistelrooy dan banyak lagi. Lebih teruk, kasut bola boleh hinggap di muka pemain tersebut.

Kemarahan Roy Keane terhadap rakan sepasukannya pada 2015 melalui MUTV selepas tewas kepada Middlesbrough telah menjadi detik terakhir dia di Manchester United.

Sementara itu Neville pernah mengatakan F* off kepada Ferguson. Bukan sekali tetapi 2 kali dan dia terus mendapat ‘habuan’.

Gary Neville antara pemain yang diberi kepercayaan oleh Ferguson bagi menggalas tugas sebagai ketua pasukan

Perkataan terbesar yang saya pernah dapat katakan padanya adalah F* off ketika lewat permainan di Lille.

Dia mendenda saya seminggu bekerja tanpa gaji atau dalam bahasa bola didenda potong gaji seminggu. Sebelum itu Ferguson memukul saya selepas perlawanan tersebut.

Saya mengulangi sekali lagi di pejabatnya dan saya disisihkan selama 2 minggu, hanya memanaskan seat recaro sepanjang tempoh tersebut.

Neville pernah terfikir bahawa masanya di Old Trafford sudah selesai. Namun hukuman yang diterima Neville boleh dikatakan ringan.

Tidak pasti pemain ini ada memegang gambar bogel Ferguson atau tidak, tetapi dia tidak menerima nasib yang seperti pemain lain yang kurang ajar terhadap bos.

Pemain besar seperti Paul Ince, Jaap Stamp, David Beckham, Ruud Van Nilsterooy ditunjukkan jalan keluar selepas berlaku pelbagai perselisihan di kelab ataupun dengan Ferguson.

Neville berjaya menghabiskan keseluruhan kariernya di Old Trafford. Dia juga merupakan salah seorang dari kejayaan kelas 92 yang sangat terkenal di dunia.

Neville membuat lebih dari 600 penampilan bersama Manchester Utd, memenangi 8 kejuaraan Liga Perdana dan mengatakan 2 kali F off kepada Ferguson juga satu pencapaiannya.

Bagaimanapun, usaha pemain ini menangani isu Covid-19 yang melanda dunia masa ini wajar diberi pujian.

Gambar segak 2 pemain kelas 92 yang mempunyai otak perniagaan

Dia dan rakan sebisnesnya Ryan Giggs telah menutup operasi 2 hotelnya di Bandar Manchester bagi memberi kemudahan kepada kakitangan kesihatan untuk berehat.

Walaupun dia F* off Ferguson 2 kali, dia juga banyak memuji pengurus dari Scotland itu.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.