Ditahan Sekali Lagi, Long Tiger Mengaku Tidak Bersalah Kes Pemerasan

Long Tiger ditahan pihak polis semula semalam kerana kes pemerasan. Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lelaki Rohingya yang juga pemegang kad UNHCR berusia 31 tahun itu merupakan pemastautin sementara dari Myanmar.

Dia ditahan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak di IPD Muar.

Penahanan dibuat pada jam 5.45 petang semalam. Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata “Long Tiger telah ditangkap semula bersabit satu lagi kes yang baharu dilaporkan di daerah Tangkak melibatkan elemen pemerasan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.”

“Permohonan reman sudah dibuat mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dan majistret telah membenarkan tahanan reman selama tiga hari sehingga 5 Mei.”

Pada minggu sebelumnya lalu, Long Tiger ditahan reman selama lima hari kerana kes memfitnah seorang pegawai polis dari IPD Tangkak. Namun selepas itu dia dibebaskan atas arahan Majistret Zuraidah Abu Bakar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.

Zuraidah mendapati tiada justifikasi kukuh yang dikemukakan bagi menyambung tempoh tahanan reman terhadap Long Tiger.

Pemudah berbangsa Rohingya berusia 34 tahun yang juga pemegang kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) itu telah ditahan sebelum ini dan direman selama lima hari sejak Selasa.

Pihak polis memohon agar reman ke atas Long Tiger dilanjutkan namun ianya tidak dibenarkan oleh Majistret.

Suspek juga disahkan polis sebagai bukan warganegara Malaysia walaupun mendakwa dirinya dilahirkan di Mentakab Pahang diwakili oleh peguam Datuk Shaharudin Ali.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay ketika dihubungi mengesahkan pembebasan berkenaan.

Kes pemerasan

Dan semalam Long Tiger ditahan sekali lagi untuk kes pemerasan. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan penahanan semula Long Tiger itu.

Ianya adalah bersabit dengan kes yang dilaporkan di Tangkak, Sabtu lalu, membabitkan elemen pemerasan.

Mengikut pertuduhan, dia melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada individu dengan cara akan membuat laporan polis ke atas individu berkenaan yang melakukan hubungan intim bersama gadis bawah umur sekali gus memaksa individu terbabit menggugurkan laporan polis ke atas tertuduh.

Oleh yang demikian, Long Tiger didakwa mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Long Tiger mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan ke atasnya. Majistret Norina Maludin membenarkan tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin warga tempatan tanpa cagaran.

Sementara itu sebutan semula kes ini akan didengar pada 1 Jun 2020 ini.

Pendakwaan ke atas Long Tiger akan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rasyidah Murni Adzmi. Sementara itu tertuduh – Long Tiger – pula diwakili oleh peguam Datuk Shaharudin Ali.

 

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di