Selalu Ditanya Orang Kampung: ‘Masih Tak Ada Boyfriend Lagi Ke?’ , Pemain Ini Nekad Tukar Jantina

Pemain antarabangsa Jepun dan Washington Spirit – Kumi Yokoyama pernah mengejutkan dunia. Ini apabila dia secara terbuka mengumumkan bahawa dia adalan transgender.

Kumi sebelum ini bermain untuk pasukan wanita Jepun dan merupakan pemain yang sangat hebat.

Dan sekarang dia tidak mahu digelar wanita lagi tetapi jantan trans.

Yokoyama sebelum ini mewakili Jepun pada Piala Dunia Wanita 2019. Membuat pengakuan mengejutkan dunia menerusi YouTube.

Dua berkata, bukan mudah nak membuat pengakuan itu kerana ianya bertentangan dengan norma dan budaya orang Jepun.

Oleh kerana dia tinggal di Amerika ketika itu, dia mendapat sokongan daripada rakan rakan di sana.

Paling mengejutkan adalah, salah satu sebab dia mulai memikirkan menukar kelaminnya kerana bengang selalu ditanya sama ada dia single lagi atau dah ada teman lelaki.

“Saya dah berpacaran dengan beberapa awek dalam beberapa tahun ini. Dan saya merahsiakan perkara ini daripada orang dan media Jepun.”

Kumi mendedahkan di Jepun setiap kali balik, orang akan mengusiknya bertanya di mana teman lelaki dia. Tipikal soalan mak cik orang Asia yang nak tahu bila nak kahwin.

Tapi sebenarnya, soalan macam tu orang buat untuk pembuka bicara je kan.  Namun tak disangka sangka soalan macam tu mampu membuatkan orang lain triggered dan bertukar jantina terus.

Lalu Kumi sekarang sudah tak perlu risau menjawabnya. Kerana dia memang tak ada teman lelaki.

“Di Jepun kalau saya balik, tentu orang kampung bertanya, mana teman lelaki kamu.”

“Saya tidak selesa kerana saya memang tak ada teman lelaki.”

“Berbeza dengan di sini, orang Amerika orang tanya, kau ni ada awek ke pakwe cok?”

Sikap orang Amerika itu membuatkan Kumi mulai sedar bahawa dia sebenarnya seorang yang songsang.

Dan dia menyatakan akhirnya dia berpacaran dengan sesama jenis.

“Awek saya yang memberikan pakej rangsangan kepada saya untuk membuka rahsia ini kepada semua orang. Saya terharu jugak la.”

Kumi akan meneruskan kariernya bersama dengan skuad wanita termasuk pasukan kebangsaan negara Jepun.

Jangan pulak korang jadi macam ni sebab orang selalu tanya, mana teman kamu, single lagi ke raya ni?

Dan baru baru ini Kumi akhirnya melamar teman wanitanya di dalam stadium.

Ok sampai sini je la cerita dia.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di