Dituduh Cekik Darah, FAM Dedah Hamidin Arah Turunkan Harga Tiket Piala AFF

FAM sebelum ini mengumumkan harga tiket untuk menyaksikan aksi Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Ianya telah mengundang banyak kritikan kerana terlalu mahal.

Lantas FAM merombak semula harga tiket dan menurunkannya.

FAM dalam sidang medianya menulis:

KEMAS KINI HARGA TIKET AFF
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini mengumumkan penurunan harga tiket bagi dua perlawanan peringkat kumpulan Piala Mitsubishi Electric AFF 2022 menentang Laos dan Singapura.
Atas rasa prihatin dan selepas mengambil kira keluhan penyokong Harimau Malaya serta mendengar pandangan daripada banyak pihak, Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin telah mengarahkan Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM dipengerusikan oleh Naib Presiden FAM, Dato’ Posa Haji Majais untuk membincangkan perkara berkenaan.
Selepas membuat pertimbangan sewajarnya, Jawatankuasa Tiket dan Stadium FAM telah membuat keputusan untuk harga tiket tempat duduk Terbuka diturunkan ke RM45, Premium diturunkan ke RM60 dan Grandstand diturunkan ke RM70. Bagaimanapun, harga tiket kanak-kanak kekal pada harga RM10.
Bagi penyokong yang telah pun membeli tiket berkenaan pada harga asal, proses pemulangan (refund) untuk amaun yang berlebihan itu akan diuruskan oleh pihak Ticket Hotline.
Semoga penurunan harga tiket ini akan dapat mengurangkan sedikit beban para penyokong untuk ke stadium bagi menyaksikan kedua-dua perlawanan berkenaan.
Untuk makluman semua, Datuk Haji Hamidin sentiasa prihatin mendengar apa juga keperluan penyokong dan sangat menghargai sokongan tidak berbelah bagi yang telah diberikan oleh anda semua, penyokong setia Harimau Malaya yang sentiasa berada di belakang pasukan.
Noor Azman Hj Rahman
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Sebagai perbandingann

Tiket Grandstand daripada RM100 turun kepada RM70

Tiket Premium daripada RM70 turun kepada RM60

Tiket Terbuka daripada RM50 kepada RM45

Tiket kanak kanak kekal RM10.

 

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari