Dituduh Kecut Nak Lawan Tony Ferguson, Ini Jawapan Poirier

Dana White mengesahkan bahawa Dustin Poirier tidak mahu berlawanan dengan Tony Ferguson dalam UFC 254.

Kenyataan Dana White itu membuatkan ramai pihak menuduh Poirier sebagai pengecut dan penakut.

Sebelum ini Poirier sudah menunjukkan beliau sangat mahu bertarung.

Dana White menyatakan bahawa rundingan dengan Poirier dan Ferguson sebelum ini memang ada. Namun ditamatkan tanpa mencapai kesepakatan setelah Poirier tak mahu bertarung.

Oleh kerana Poirier tidak akan bertarung dengan Ferguson dalam acara UFC254, maka Dana White mengesahkan bahawa Ferguson akan dipadankan dengan lawan yang lain untuk memastikan beliau bertarung dalam UFC254.

Selepas mendengar ramai pihak berspekulasi tentang sebab utama beliau menarik diri, Poirier akhirnya tampil dengan penjelasan beliau.

Poirier berkata dia mahu bertarung dan bukannya takut nak lawan Ferguson. Tetapi dia tak puas hati dengan terma yang dianggap terlalu berat sebelah.

Sebelum ini Poirier sudah melawan lawan berprofil tinggi seperti Khabib Nurmagomedov. Maka tiada masalah untuk beliau bertarung dengan Tony Ferguson sekalipun.

Oleh itu kem beliau tidak mahu meneruskan pertarungan itu. Sumber MMA Fighting menyatakan bahawa pihak Poirier masih mahu berunding tetapi UFC sudah mengumumkan mereka sudah memadamkan nama Poirier daripada senarai.

White berkata:

“Saya nak beritahu kamu, kita akan ada pertarungan.”

“Namun belum disahkan kerana Ferguson belum menerima kontrak. Ferguson akan bertarung, dan saya tak rasa Tony menolak untuk bertarung.”

Dengan Poirier keluar daripada senarai pesaing, hanya ada beberapa pilihan yang sesuai untuk bertemu Ferguson berdasarkan kedudukan UFC semasa.

Pertamanya, Charles Oliveira mungkin akan berada di calon nama teratas setelah dia menang tujuh kemenangan berturut-turut – semuanya dari knockout atau lawan menyerah diri / tapped out.

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi