Djokovic Sekali Lagi Terpukul Bola Ke Arah Penjaga Garisan: “Ini Macam Deja vu”

Sebelum ini Novak Djokovic dengan agak kontroversi disingkirkan dari Terbuka AS selepas terpukul bola terkena penjaga garisan.

Beliau ketika itu sedang mengeluarkan bola yang beliau tak mahukan. Malangnya, dia terpukul bola ke arah penjaga garisan dan membuatkan penjaga garisan itu terduduk.

Dalam insiden terbaru, pemain nombor satu dunia itu sekali lagi secara tak sengaja terpukul bola terkena penjaga garisan. Kali ini dalam situasi open play ketika Terbuka Perancis.

Djokovic tampil sebagai pilihan utama kejohanan bertemu denganwakil Rusia, Karen Khachanov.

Ketika pertarungan dengan Khachanov, Djokovic secara tidak sengaja memukul bola ke arah pemain garisan.

Kejadian itu berlaku ketika Djokovic cuba membalas pukulan Khachanov yang mengarah ke kanannya. Namun, Djokovic gagal mengembalikan bola dengan sempurna.

Pemain tenis dari Serbia memukul bola ke arah pemain garisan yang sedang duduk di sisi padang.

Kejadian itu bukan yang pertama bagi Djokovic.

Nasib baik, kali ini Djokovic tidak disingkirkan kerana situasinya daripada open play.

Reaksi Kachanov seakan akan memahami apa dalam fikiran Djokovic. Sudah tentunya pemain tenis Serbia itu sangat kecewa insiden sebegitu berlaku kepadanya lagi.

“Saya harap dia baik-baik saja. Ia berlaku kerana saya sangat dekat dengannya,” kata Djokovic selepas perlawanan.

Djokovic kemudian menyatakan insiden itu seperti deja vu untuk dirinya. Dia menjadi agak tidak selesa kerananya.

“Ini adalah kejadian yang membuat saya agak tidak selesa, deja vu. Saya melihat apakah dia baik-baik saja kerana dia kelihatan agak lebam,” tambah pemain berusia 33 tahun itu.

“Setelah apa yang berlaku di New York (US Open), saya rasa orang akan melaporkan cerita mengenai perkara ini. Ini telah berlaku kepada ramai pemain dalam 15 tahun terakhir saya bermain.”

Novak Djokovic tidak menghadapi masalah untuk menewaskan Karen Khachanov dengan kemenangan 6-4, 6-3 dan 6-3 dalam perlawanan yang berlangsung selama 2 jam 26 minit.

Beliau berjaya mendapat menempatkan dirinya di suku akhir Terbuka Perancis 2020 buat kali ke-11 berturut-turut.

Djokovic kemudian menewaskan Barreno Busta dalam saingan suku akhir untuk menempah slot separuh akhir menentang Stefano Tsitsipas dari Greece.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di