DNA Taktikal: Kenapa Wenger Anggap Aspek ‘Scanning’ Antara Membezakan Pemain World Class

Scanning dalam bola sepak merujuk kepada satu perlakuan pemain yang melihat ke sekitarnya.

Dalam masa melakukan scanning, para pemain akan mencerna dan mentafsir data. Lihat apa yang dilakukan oleh Chiellini di sini:

Berdasarkan kajian di Norway,  School of Sports Sciences pada 2010, mereka mendapati pemain pertahanan elit akan melakukan lebih banyak scanning berbanding dengan pemain gantian ataupun pemain akademi.

Ini yang membantu mereka mencerna data dan melihat keadaan dan menempatkan diri mereka di satu posisi terbaik.

Arsene Wenger antara pakar taktikal yang dikenali dengan pendekatan bola sepak moden yang fluid dan pantas.

Beliau pernah membincangkan isu scanning ini di dalam taklimat beliau.

Menurut Wenger, pemain berkelas dunia dibezakan dengan pemain lain kerana kepala mereka seperti radar yang sentiasa bergerak.

Mereka sentiasa mengimbas keadaan di sekeliling seperti komputer berdasarkan persepsi, pengalaman, dan juga untuk membuat langkah seterusnya iaitu membuat keputusan.

Scanning dan pembangunan bakat muda

Scanning seharusnya menjadi salah satu silibus penting dalam pembangunan bakat muda.

Wenger sendiri menyatakan perkara ini boleh dibentuk. Namun kena dibuat pada peringkat akal umbi.

Wenger berkata: “Masalah besar dalam bola sepak apabila kamu belajar perkara yang salah. Bola sepak sepatutnya diajar melalui proses: Pertamanya, eksekusi; kemudiannya, keputusan yang mahu diambil: dan ketiha adaah persepsi.”

“Saya hilang ramai pemain muda [bakat gagal menjadi pemain berkualiti], kerana kepala mereka hanya melihat bola dan tidak ‘melihat’ apa yang di sekitar mereka.”

“Pemain yang hebat, mereka mampu bekerja dengan memisahkan otak mereka dengan bola. Kepala mereka seperti radar.”

“Apabila ada satu litar yang sudah mencetak data di dalam kepala mereka, sangat sukar untuk mengubah mereka selepas itu.”

“Namun saya tak galakkan kita membentuk otak [pemikiran] untuk mereka yang masih pada usia masih kanak-kanak. Ini kerana pada usia 5 – 12 tahun adalah tahun untuk para pemain belajar tentang penyudah [execution] yang betul.”

Proses menerima bola dan langkah seterusnya

Wenger menjelaskan: “Sebagai seorang pemain, setiap kali menerima bola, saya perlu untuk menganalisis, kemudian membuat keputusan dan akhir sekali melakukan penyudah [hantaran akhir ataupun percubaan akhir].”

“Persepsi akan memainkan peranan sangat besar dalam perkara ini. Saya bekerjasama dengan Universiti di Norway untuk mengenalpasti bagaimana cara untuk memperbaiki persepsi.”

“Jadi, saya membuat rumusan, ianya bergantung kepada bagaimana pemain menerima seberana banyak informasi sebelum menerima bola. Saya gelar itu sebagai ‘scanning’.”

“Saya [dalam projek kajian] telah memerhatikan apa yang pemain akan lakukan 10 saat sebelum bola sampai kepada mereka. Berapa kali mereka memasukkan informasi yang berkualiti ke dalam kepala mereka. Bergantung kepada posisi.”

“Berdasarkan kajian saya, saya mendapati pemain yang sangat bagus akan melakukan imbasan sebanyak 6-7 kali dalam masa 10 saat sebelum menerima bola.”

“Dan pemain yang normal akan melakukan sekali, tiga kali ataupun empat kali sahaja dalam masa tersebut. Setiap 1 ‘scanning’ itu memberikan perbezaan sangat besar.”

Kualiti informasi daripada imbasan

Namun pemain kena bijak untuk mentafsir data daripada scanning. Dan mereka perlu mengambil informasi yang berkualiti.

Contoh yang berkualiti adalah: menganalisis informasi berkualiti akan mentafsir, isu ruang, gerakan tanpa bola daripada rakannya dalam masa beberapa saat, seterusnya, pilihan ke-2, ke-3 ketika pilihan pertama digagalkan – misalnya pemain penyerang ofsaid.

Pemain yang biasa pula mungkin hanya mengikut arahan untuk melakukan ‘scanning’ 6-8 kali tetapi informasi yang mereka tafsir adalah informasi yang tidak berkualiti.

Ini hanya perbuatan sia-sia. Kerana kualiti lebih penting daripada kuantiti.

Wenger menambah: “Namun perkara yang lebih mustahak adalah pemain melakukan analisis kepada kualiti persepsi dan keputusan akhir yang akan mereka ambil.”

“Saya biasanya akan membantu pemain dengan memberitahu mereka untuk mengambil opsyen paling mudah setiap kali menerima bola.”

“Pemain harus melakukan imbasan dan membuat keputusan. Ketika proses membuat keputusan beliau harus mengambil keputusan terbaik. Ini bermaksud pemain perlu mempertimbangkan isu risiko dan juga progres bola tersebut.”

Analisis Dr. Geir Jordet

Arsene Wenger bekerjasama dengan Dr. Geir Jordet di Sekolah Sains Sukan Norway. Jordet memiliki tesis master dan juga pemegang PHD dalam subjek peranan dan visi [vision] dalam sukan.

Beliau juga pakar dalam kajian persespsi dan antispasi oleh atlet. Beliau menganalisis sekurang-kurangnya 250 pemain. Mengkaji apa yang mereka lakukan sebelum menerima bola.

Kajian beliau mendapati pemain seperti Steven Gerrard adalah sangat luar biasa dengan melakukan 0.61 carian (searches) dalam setiap saat. Namun Frank Lampard lebih baik dengan 0.62 carian dalam sesaat.

Buat masa ini, paling tinggi dalam kajian Dr. Geir Jordet ialah Xavi dengan 0.83 carian sesaat.

Menariknya pada 2011, Xavi pernah memberitahu wartawan: “Saya adalah pemain yang sentiasa mencari-cari di dalam padang.”

Jordet membahagikan 118 pemain tengah dan penyerang kepada 3 kumpulan kekerapan pengimbasan:

1. Pengimbas tinggi
2. Pengimbas medium
3. Pengimbas rendah

Pemain daripada kumpulan 1 (tinggi) melakukan purata 81% hantaran tepat berbanding hanya 64% untuk kumpulan 3 [rendah].

Kajian kedua pula, berdasarkan 55 pemain high scanner, mereka melakukan 75% hantaran ke hadapan yang tepat berbanding hanya 41% untuk yang jnis low scanners.

Jordet memberikan contoh, aksi Lampard menentang Blackburn 2009 sebagai aksi ‘scanning’ terbaik dalam fail kajian beiau. Lampard menoleh ke pelbagai sudut sebanyak 10 kali dalam masa 7 saat sebelum menerima bola.

Lihat di sini:

Beliau kemudian memperdaya beberapa pemain dengan mudah kerana sudah ‘melihat’ apa tindakan yang akan dilakukan para pemain itu ketika proses ‘scanning’. Jordet menggelar aksi Lampard ini sebagai definisi kepada pemain yang ada deri ke-6.

Wartawan pernah menyatakan kajian Jordet kepada Lampard. Dan pemain itu menjawab: “Saya tidak pasti bagaimana saya melakukannya. Rasanya memang saya dikurniakan dengannya sejak lahir.”

Seorang pundit ketika itu memberikan respon kepada jawapan Lampard itu.

“Ini antara sebab kenapa pemain elit gagal untuk menjadi pundit yang baik. Kerana mereka tiada kemampuan untuk menjelaskan perkara seperti itu dalam ulasan. Kadangkala mereka juga tidak tahu menjelaskannya kerana mereka melakukannya dengan naluri.”

Tony Carr, pengurus akademi yang mengendalikan pembangunan bakat Lampard di West Ham memang sudah tahu akan keupayaan imaginasi dan ‘gambaran’ awal pemain itu di atas padang.

Carr berkata: “Perlawanan pertama Lampard untuk West Ham, ayahnya di tempat duduk dan menjerit sepanjang perlawanan ke arah Frank dengan menyebut: ‘Pictures, pictures’. Ayahnya mahu Lampard menggambarkan apa yang beliau lakukan ke atas bola – sebelum menerima bola itu.”

Frank Lampard Senior pernah memberitahu bahawa beliau tidak tahu bahawa apa yang dilakukan Lampard itu digelar ‘scanning’. Sebaliknya beliau yakin ianya membawa maksud yang sama dengan apa yang beliau mahu Frank Lampard lakukan. Cuma berbeza frasa.

Bekas jurulatih Paul Scholes ketika beliau bermain di Manchester United B-18, mendedahkan pemain itu sentiasa melakukan ‘scanning’ sebelum menerima bola.

Itu memainkan peranan sangat penting dalam karier Scholes. Mereka juga menyatakan David Beckham juga dibekalkan dengan latihan tambahan untuk membantu mereka melakukan ‘scanning’.

Mereka pemain yang tidak ada skil pantas namun ‘scanning’ ini membuatkan mereka bertindak segera sebelum tekanan lawan tiba.

Baca yang lain