Doktor Ini Geram, Pesakit Mengaku Kawan Ada Covid-19 Kerana Sehelai MC

Seorang doktor berkongsi kisah seorang pesakit yang mendakwa kawan dia positif Covid-19 hanya semata-mata mahukan MC (cuti sakit).

Dotkor tersebut dengan nama Amirul Azhan di Twitter telah berkongsi satu bebenang yang telah ditweet semula lebih 21,000 kali.

Ikuti perkongsian beliau:

“Gais, jgn la macam ni. Mengaku ada kawan POSITIF covid19 semata-mata nak mc. Aku marah betul ni.”

“[Ada] seorang ni datang klinik dengan batuk-batuk. Di kaunter saringan cakap tak ada pegi travel, tak ada kenal pesakit covid-19, tak ada pegi ijtimak tabligh.”

“So dia masuk la tunggu giliran macam biasa.”

“Jumpa doktor. Dia cerita la sakit dia apa semua. Lepas tu Doktor kata la: ‘Aawak tak ada kenal pesakit covid kan?’ Jadi awak jgn risau.”

“Tiba-tiba dia berkata:’Eh. Ada doktor. Kawan saya positif covid’.”

“Cuak la semua orang dalam bilik tu. Dah la ada sorang lagi doktor pregnant kat situ. Terus misi bawa dia ke bilik isolasi.”

“Aku yang bertugas untuk tengok pesakit di bilik iso. Misi call aku.”

“Kejap kak, saya baru habis solat. Suruh pesakit tunggu dulu. Nak pakai PPE semua ni.”

“Tahu tak leceh gila nak pakai PPE tu. Cover from head to toe. Dah siap. Aku pergi bilik iso.”

“Sampai bilik iso. Pesakit dah tak ada. Aku inform misi. Lepas tu semua dok cari pesakit ni. Mana tau pegi tandas ke. Beli air ke. Habis satu klinik cari brader ni. Menyusahkan orang.”

Setengah jam aku macam orang bodo tunggu pesakit tu. Aku pun bukak PPE. Inform my senior ada pesakit yang contact positif covid lari. Kitorang kena cari jugak la budak ni. Kalau berjangkit habis satu pekan ni kena.”

“Call penghulu kampung. Suruh dia tolong cari pesakit ni, suruh datang klinik. Kalau  tak jumpa memang report polis la.”

“Guess what, lagi 5 minit sebelum klinik tutup, budak ni tersengih-sengih datang balik dengan ayah dia. Satu klinik dah hangin dah masa tu.”

“Aku terpaksa pegi bersiap pakai balik semua PPE bagai. Memamg dah overtime la, pkai PPE pun paling laju 15 minit. Aku dah start panas masa tu. Literally.”

“Aku tahan je nafsu amarah aku kat bilik iso. Aku tanya la pegi mana tadi.

“[Dia jawab] ‘saya pergi amik adik tadi kat sekolah’.”

“Fuhhh.. tipu apa pulak ni. Kan dah start cuti sekolah ni mangkuk.”

“Aku terus tanya-tanya smpai part kawan dia yang positif tu; ‘Kawan tu memang positif ke? Admit hospital mana? Memamg kerja sama-sama ke?’.”

“Sebenarnya doktor. Saya nak mintak MC je. Saya tak ada pun kawan yang positif covid ni”

“Masa ni, Ya Allah.. dalam hati aku. Automatik aku letak pen. Tangan aku memang menggigil nak tumbuk budak ni masa tu. [Pesakit tu cakap lagi] ‘Saya nak mc start lusa sebab cuti saya smpai esok je. Penat la balik KL nk terus kerja’.”

“Aku memang marah dia kaw kaw depan bapak dia. Menyusahkan oramg! Membazir 2 set PPE! Membazir masa orang lain! Memang aku tak bagi la mc.”

“Masa tu pukul 6 petangg. Last aku minum pukul 9 pagi. Tengahari aku tak lunch sebab sibuk check jemaah tabligh yang pergi ijtimak baru-baru ni. Penat, haus, panas, kau buat main-main pulak hal covid ni.”

“Jangan sampai aku jadi doktor 1st kat Msia yang terajang pesakit smpai masuk ICU.”

Janganlah korang buat perangai tak senonoh macam ni.

Baca yang lain