Donny Van De Beek Tolak Tawaran Newcastle Yang Tawarkan Auto First Eleven

Doony Van De Beek sebelum ini sudah membayangkan bahawa beliau sedia untuk meninggalkan Manchester United demi mendapatkan minit perlawanan. Yang penting untuk beliau menempatkan diri dalam kalangan pemain yang akan beraksi dalam Piala Dunia 2022.

Namun terbaru, Van De Beek telah menolak tawaran yang hadir daripada Newcastle United untuk pemain tersebut.

Van De Beek terus menjadi watak yang tersisih di Old Trafford sejak menyertai pasukan Man United beberapa musim yang lalu.

Beliau gagal menjadi pemain utama United dan terus bergelut untuk meyakinkan pengurus interim Man United, Ralf Rangnick.

Newcastle United yakin bahawa mereka akan dapat tandatangan Van De Beek dengan menawarkan kontrak pinjaman kepada pemain itu. Ianya boleh menjadi peluang untuk Van De Beek membuktikan apa yang United perlukan daripadanya.

Malang sekali pemain itu tidak mahu menerimanya.

Newcastle menawarkan Van De Beek tempat kesebelasan utama secara automatik jika beliau menyertai mereka. Ini akan membolehkan Van De Beek beraksi pada setiap minggu dan mendapat minit perlawanan yang sangat banyak seperti yang dia mahukan.

Newcastle setakat ini sudah membuat dua pembelian pada Januari iaitu Kieran Trippier dan juga Chris Wood. Namun masih banyak kekurangan di bahagian lain yang mereka mahu tampal untuk mengelak terjerumus penyingkiran pada akhir musim ini.

Pastinya pelik melihat kelab terkaya di dunia bermain di Liga Kejuaraan pada musim hadapan.

Ralf Rangnick sudah menyatakan bahawa beliau mahukan Van De Beek kekal. Dan sudah mendengar sendiri pemain itu memberitahunya bahawa dia mahu beraksi dalam Piala Dunia yang akan datang.

Rangnick berkata: “Saya nak Donny Van de Beek untuk terus kekal. Saya sudah bercakap dengan dia, dua minggu lalu dan saya memberitahu dia, saya sarankan dia terus kekal sehingga akhir musim ini. Dengan Piala Dunia yang bakal menjelma, dia mahu bermain.”

Donny Van De Beek dibeli dari Ajax oleh Man United. Namun di bawah Ole Gunnar Solskjaer beliau gagal mendapat tempat dalam kesebelasan utama secara konsisten walaupun beraksi cemerlang setiap kali beraksi atas padang.

Ketika Rangnick mengambil alih, Van De Beek dilihat sebagai bakat yang bakal menyerlah dan diberikan lebih banyak peluang. Malang sekali, senarionya masih sama.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di