Dpaat Lebih RM4 Juta Setiap Post, The Rock Raja Instagram Atasi CR7 & Kylie Jenner

Bintang WWE dan lebih tepatnya kini merupakan superstar Hollywood, The Rock kini menjadi bintang Instagram yang paling berharga – memperoleh lebih dari $1 juta ataupun lebih RM4 juta untuk setiap siarannya di platform tersebut.

Dwayne ‘The Rock’ Johnson telah menukar karier WWE beliau dengan arena lakonan di Hollywood.

Dan sejak itu beliau telah menjadi bintang yang sangat kaya dengan bayaran lumayan. Kini The Rock menjadi antara pelakon dengan bayaran tertinggi di Hollywood.

Tetapi The Rock bukan sahaja bintang filem dan juga WWE, bekas WWW errr…. susahlah.

Dia juga salah satu ikon media sosial paling popular di planet ini, dengan jumlah pengikut yang tidak masuk akal.

Awal bulan ini, The Rock menjadi ‘bintang paling berharga’ Instagram hasil daripada 187 juta pengikutnya.

Dengan kejayaan itu ia bermakna beliau akan menerima wang tunai yang masuk ke akaunnya pada jumlah besar.

Menurut firma pemasaran media sosial Hopper HQ, seperti yang dilaporkan oleh BBC News, The Rock boleh mengenakan bayaran kepada pengiklan lebih dari $1 juta (£ 790,000) setiap pos.

Angka itu telah mengatasi nilai yang ada pada pengguna IG yang lain seperti, pemain bola sepak Cristiano Ronaldo dan Neymar, serta bintang besar seperti Kylie Jenner, Beyonce dan Justin Bieber.

Di bawah ini, anda boleh melihat 10 penghasilan teratas di laman media sosial, jumlah pengikut mereka dan jumlah wang yang mereka hasilkan untuk setiap siaran di instagram:

10. Neymar (pemain bola sepak) 139 juta pengikut – $704,000 setiap siaran

9. Taylor Swift (bintang pop) 135 juta pengikut – $ 722,000 setiap siaran

8. Justin Bieber (bintang pop) 139 juta pengikut – $ 747,000 setiap siaran

7. Beyonce (bintang pop) 149 juta pengikut – $ 770,000 setiap siaran

6. Selena Gomez (pelakon dan penyanyi) 180 juta pengikut – $ 848,000 setiap siaran

5. Ariana Grande (bintang pop) 191 juta pengikut – $ 853,000 setiap siaran

4. Kim Kardashian (selebriti) 176 juta pengikut – $ 858,000 setiap siaran

3. Cristiano Ronaldo (pemain bola sepak) 225 juta pengikut – $ 889,000 setiap siaran

2. Kylie Jenner (selebriti) 182 juta pengikut – $ 986,000 setiap siaran

1. Dwayne ‘The Rock’ Johnson (pelakon, penerbit, ahli perniagaan) 187 juta pengikut – lebih dari $1 juta setiap siaran

Ianya benar-benar jumlah wang yang tidak masuk akal. Bayangkan anda menjana lebih dari satu juta dolar untuk satu post sahaja!

Tetapi, anda harus menghormati apa yang telah dilakukan The Rock sejak meninggalkan WWE.

Beliau menjadi salah satu nama terbesar dan paling laris di planet ini, jadi tidak hairanlah dia akhirnya dikenali sebagai bintang terbesar media sosial.

Korang rasa korang saudara The Rock tak? Baik call dia tanya khabar.

Baca yang lain