Dr Erkut Sogut Yakin Ozil Bakal Jadi Jaguh Dunia Dalam Fortnite Selepas Dibuang Fenerbahce

Karier Mesut Ozil di Fenerbache telah berakhir dengan menyedihkan sekali, selepas hanya 18 bulan bersama kelab itu.

Ianya selepas Fenerbahce menamatkan kontrak bekas pemain tengah Arsenal itu.

Hanya setahun setengah yang lalu sejak pemenang Piala Dunia itu mengakhiri masa suramnya di utara London dan menganggap dia berpindah ke kelab impiannya masa kecil iaitu Fenerbahce.

Ozil menegaskan untuk bangsa Turki-Jerman, walaupun lahir dan merupakan rakyat Jerman, mereka biasanya ada kelab bola sepak Turki yang mereka sokong.

Bagi Ozil, kelab  Turki yang dia sokong dari kecil adalah Fenerbahce.

Bagaimanapun, masanya di Fenerbahce tidak berjalan lancar sama sekali dan pada bulan Mac dia digantung oleh kelab atas alasan ‘tak cukup bagus dari segi fizikal.’

Ozil dibekukan kerana bertengkar dengan pengurus interim

Ozil telah menjadi ketua pasukan beberapa hari sebelum itu, dalam kemenangan 2-1 ke atas pasukan di tempat kedua, Konyaspor. Tetapi dia dikeluarkan pada separuh masa, berikutan pertengkaran dengan pengurus interim.

Mesut Ozil kemudian digugurkan daripada pasukan Fenerbahce kerana kes bertengkar dengan pengurus interim kelab tersebut. Berita itu benar benar mengejutkan ramai pihak.

Fenerbahce mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan bahawa Ozil dan juga Ozan Tufan telah digugurkan daripada pasukan.

Chris Wheatley dalam laporannya menyatakan bahawa Ozil tak akan dibenarkan daripada menyertai latihan pasukan utama. Dan pemain itu harus mencari kelab baharu kecuali ada pertukaran pengurus. Dna pengurus itu mahukannya.

Itupun masib belum menjamin masa depan Ozil bersama dengan kelab yang beliau sokong dari kecil itu.

Dalam kenyataan rasmi ringkas kelab, Fenerbahce menjelaskan: “Pemain pasukan A kita, Mesut Ozil dan Ozan Tufan aman digugurkan daripada skuad utama seperti mana keputusan yang sudah dibuat. Dan kini ianya diumumkan kepada umum.”

Football London melaporkan bahawa Mesut Ozil kemudian bertengkar dengan pengurus interim Fenerbahce, Ismail Kartal. Dan kemudian Kartal memutuskan untuk tidak menyertakan Ozil dalam pasukannya lagi.

Pemenang Piala Dunia dengan Jerman itu mengalami masalah kecederaan di bahagian belakangnya pada awal musim 2021/22. Fenerbahce dilaporkan sudah memberitahu Ozil agar meningkatkan lagi kondisi fizikalnya yang dianggap tidak cukup kompeten.

Ali Koc kini sudah lantang mengkritik Ozil

Pada akhir musim lalu, Presiden Fenerbahce, Ali Koc seringkali mengkritik Ozil. Walaupun sebelum tu menganggap Ozil adalah seperti loteri buat mereka kerana dilepaskan Arsenal secara percuma ke Fenerbahce. Dan Ali Koc turut menyatakan bahawa Fenerbahce tak membayar untuk gaji Ozil

Kini Ali Koc merupakan individu yang banyak mengkritik Ozil.

“Sejak awal musim ini Mesut Ozil telah dibandingkan dnegan Robin van Persie,” kata  Koc kepada Fenerbahce TV.

“Ozil mahu bermain lebih banyak perlawanan. Mulai hari ini, dia harus fokus kepada permainannya dan tidak memikirkan soal komersial buat masa ini. Dia harus berfikir untuk menyumbang kepada Fenerbahce.”

“Para jurulatih kelab kita pun harus mencari cara untuk mengeluarkan yang terbaik dari Ozil, Sebenarnya tiada masalah pun, cuma media sahaja melebih lebih. Mesut tidak gembira kerana dia tak bermain lebih kerap.”

Sejak menyertai Fenerbahce, Mesut Ozil bermain 37 kali dan hanya menjaringkan 9 gol. Beberapa laporan media Turki menyatakan bahawa Ozil tidak gembira dengan kehidupan di Istanbul.

Dia pernah tidak sehaluan dengan Mikel Arteta dan Unai Emery sebelum ini. Selepas itu Ozil disisihkan sepenuhnya oleh Arteta. Dan tidak pernah menyarung jersi Arsenal lagi selepas pandemik melanda.

Ozil dan Arsenal kemudian mencapai kesepakatan menamatkan kontrak £350,000 seminggu namun Arsenal masih perlu membayar gajinya untuk baki kontrak dipersetujui dengan The Gunners.

Karier Mesut Ozil kemudian dalam masalah. Dia gagal mendapatkan prestasi terbaiknya. Kemudian isu di luar padang juga banyak membelenggu salah seorang playmaker paling kreatif dalam generasinya.

Walaupun bekas bintang Real Madrid itu masih mendakwa dia menyokong pasukan tersebut, tidak ada tanda tanda dia akan kembali menyarung jersi pasukan selepas itu.

Pada hari Isnin, NTVSpor, melaporkan bahawa kontrak pemain berusia 33 tahun itu di Stadium Sukru Saracoglu telah ditamatkan oleh kelab, walaupun satu laporan juga mengatakan ia adalah dengan penamatan atas persetujuan bersama.

Jorge Jesus tak mahu Ozil

Walaupun masalah pertama kali muncul di bawah pengurus sementara pasukan, pengurus baharu Fenerbahce, Jorge Jesus juga tidak berminat untuk membawa pemain Jerman itu kembali ke dalam pasukan.

“Dia mempunyai masanya, ruangnya. Dia mempunyai sejarah yang indah di Turki, tiada siapa boleh mengambilnya daripadanya,” kata pengurus baharu itu baru-baru ini. Tidak pasti, apa yang dimaksudkan Jorge Jesus dengan sejarah yang indah di Turki. Kerana karier Ozil di Turki agak suram dan tak seperti yang dijangka. Mungkin dia mengambil hati pemain itu?

Ozil hanya membuat 36 penampilan untuk kelab itu, menjaringkan sembilan gol dan juga mendapat tiga assist.

Jorge Jesus menambah: “Beliau adalah pemain terkenal di seluruh dunia. Tetapi saya akan mengikuti dengan tepat apa yang berlaku pada penghujung era Ozil. Perkara yang paling penting di sini ialah Fenerbahce dan dari situlah saya membina idea saya dan pemain yang datang untuk bekerja dengan saya.”

Ejen: Ozil bakal jadi jaguh Fortnite

Lebih menyedihkan apabila ada laporan menyebut bahawa Ozil tidak menolak kemungkinan akan bersara daripada bola sepak dan fokus kepada dunia e-sukan.

Ejen Ozil, Dr Erkut Sogut, menjelaskan pada bulan Jun bahawa pemain tengah itu akan mengalihkan perhatiannya daripada bola sepak kepada permainan e-sukan.

“Saya fikir dia tidak akan bermain bola sepak di mana-mana kelab lain lagi. Saya tidak nampak itu – ia akan menjadi Fenerbahce [terakhir] dan itu sahaja,” kata ejen itu.

“Dia akan lebih terarah kepada menceburi sukan e-sukan, bermain sendiri dan mungkin menjadi atlet e-sukan. Dia benar-benar bagus, sejujurnya, di Fortnite dan saya rasa suatu hari nanti saya tidak akan terkejut jika dia bertanding.”

Ozil memang sangat gilakan Fortnite. Dia malah ada pasukan e-sukan miliknya sendiri. Ketika di Arsenal, dia pernah beberapa kali ditegur Arsene Wenger kerana seringkali kantoi lepak lepak di Twitch lebih dari 10 malam.

Malah laporan perubatan Ozil sebelum ini menyatakan bahawa, Ozil mulai kerap berdepan masalah kecederaan kerana fizikalnya tidak boleh terlalu banyak duduk di atas kerusi gaming. Dia atlet profesional dan perlukan rehat sebetulnya dan aktiviti yang boleh membantu fizikal.

Ozil kini bermain untuk Istanbul Basaksehir. Dan dia akan menjadi ejen bebas akhir musim ini jika tidak mengaktifkan klausa lanjutan setahun.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu