Drogba Kongsi Kisah Mata Adalah Inspirasinya Jadi Wira ‘Comeback’ Pada Final UCL 2012

Didier Drogba pernah berkongsi cerita menarik bagaimana Juan Mata yang ketika itu masih muda, menginspirasikan kepahlawanannya untuk memenangi perlawanan pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah 2012.

Penyerang Chelsea itu mengukuhkan statusnya sebagai legenda kelab 10 tahun lalu apabila dia menjaringkan gol penyamaan dan gol penalti kemenangan ketika aksi final UCL menentang Bayern Munich di Allianz Arena, milik mereka sendiri.

Ketika meraikan ulang tahun UCL tersebut, pada 2020 yang lalu Drogba berkongsi cerita tersebut. Dia berkata: “Saya yakin anda semua telah melihat video perlawanan akhir Liga Juara-Juara jadi saya hanya ingin memberitahu anda sedikit kisah saya.”

“Lapan tahun lalu, pengurus [Andre Villas-Boas] telah dipecat oleh kelab dan kami, para pemain, mengadakan mesyuarat pasukan di mana kami mengakui sebahagiannya bertanggungjawab atas pemergian coach pada masa itu.”

“Kapten John Terry bercakap, Frank Lampard, Petr Cech dan pemimpin lain dalam kumpulan kami juga bercakap.”

“Kami memutuskan untuk memberikan segala-galanya kepada pertandingan ini, walaupun kami tewas 4-1 menentang Napoli.

“Kami telah mengejar trofi ini selama lapan tahun dan tidak boleh melakukan yang lebih baik daripada sekadar naib juara.”

“Semua orang bersetuju untuk mengetepikan ego dan mencabar setiap satu untuk matlamat yang sama.”

“Selepas pertemuan itu saya bertanya kepada Juan Mata yang masih muda, baru berusia 23 tahun, ‘Tolong maestro, bantu saya memenangi Liga Juara-Juara.’ kata saya kepadanya.”

“Dia memandang saya seperti, ‘Kamu ni gila la bang, kamu ialah Didier Drogba, kamu yang akan membantu saya memenanginya.”

“Saya kemudian memberitahunya, ‘Saya telah berada di sini selama lapan tahun dan tidak pernah memenanginya jadi saya percaya kamulah yang akan membantu kami menang. Saya juga akan memberi kamu hadiah jika kita memenanginya.’

“Itu adalah penghujung Februari. Tiga bulan kemudian, kami berada di Munich, dalam perlawanan akhir, di stadium mereka, tenggelam dengan gelombang merah.”

“Tuan rumah mendahului dengan baki lapan minit dan dalam perjalanan untuk menendang bola untuk lapan minit terakhir, saya sangat resah ketika itu.”

“Lelaki muda itu berkata kepada saya, ‘Percaya Didi, kamu perlu percaya’.”

Mendengar Mata berkata begitu, Drogba hampir menangis, kerana dia sudah membayangkan satu lagi detik kecewa menantinya selepas kalah di final AFCON sebelum itu.

Drogba menjadikan kata kata Mata itu sebagai inspirasinya.

Drogba meneruskan bicara: “Hampir menangis saya menjawab selepas melihat masa, ‘Percaya pada apa? Ia hampir tamat, saya akan menangis seperti beberapa bulan lalu apabila saya tewas pada perlawanan akhir [AFCON] dengan Ivory Coast.”

Chelsea kemudian mendapat sepakan penjuru pertama mereka dan terakhir dalam perlawanan ini. Korang mesti tak akan percaya. Ini apabila Mata menjadi pencipta assist dan Drogba menjadi pemusnah.

Jadi, benarlah Mata yang membantu Drogba. Dan begitu juga sebaliknya. Itulah erti berpasukan.

“Minit akhir, sepakan sudut terakhir, saya maksudkan ia adalah sepakan sudut pertama untuk kami berbanding 18 [sepakan sudut] untuk Bayern Munich.

“Teka siapa yang mengambil sepakan sudut itu? Juan Mata. Dan selebihnya adalah sejarah.”

Juan Mata ketika itu menjadi pengambil sepakan penjuru itu. Dan dia berjaya mencipta assist untuk Didier Drogba yang menyamakan kedudukan untuk pasukannya.

Perlawanan diheret ke masa tambahan 30 minit. Kedua dua pasukan gagal menambah gol dan terpaksa ditentukan dengan sepakan penalti.

Dalam penentuan penalti, Didier Drogba menjadi wira kemenanga pasukannya.

Lalu beliau menambah: “Pengajarannya adalah SENTIASA PERCAYA. Selamat ulang tahun kelapan kepada kita,” kata Drogba ketika itu.

Baca yang lain