Drogba: “Saya Dah Tak Kenal Lagi Kelab Saya Sejak Pemilikan Baru”

Legenda Chelsea, Didier Drogba benar benar kecewa dengan prestasi semasa pasukan kesayangannya itu.

Chelsea sekali lagi menelan kekalahan, kali ini kalah 2-0 di tangan Real Madrid yang menyaksikan pasukan itu tersingkir dari suku akhir UCL.

Drogba mempersoalkan polisi perpindahan kelab oleh pemilik Chelsea yang baharu, Todd Boehly serta tindakan memperjudikan pemain pemain muda di atas padang.

Musim ini sahaja, Chelsea sudah dua kali memecat pengurus mereka. Mengembalikan semula Frank Lampard ke kelab itu sebagai interim.

Kini Chelsea 17 mata di belakang pasukan di tangga keempat Newcastle. Berada di luar 10 teratas, iaitu di.tangga ke-11.

Drogba kecewa dengan rekrut pemain yang tidak jelas. Dilihat hanya menyambar sahaja bintang bintang yang ada di pasaran perpindahan tanpa memikirkan kesesuaian pemain dengan taktikal yang mahu diterapkan.

Chelsea berbelanja lebih €600 juta musim ini. Mendapatkan nama nama besar termasuk Enzo Fernandez, Pierre Emerick-Aubameyang dan Mikhaylo Mudryk.

Drogba mendesak kelab mengembalikan semula kegilaan di Stamford Bridge dan memperbaiki aspek pembelian pemain.

Drogba menjelaskan bahawa pada pandangannya, Chelsea kekurangan pemimpin berkarisma di dalam pasukan.

“Chelsea kekurangan pemimpin pemimpin yang berkarisma di dalam pasukan .”

 

“Kita memerlukan pemain yang boleh menunjukkan permainan dengan cara mereka dan bertanggungjawab.”

“Kamu perlukan pemimpin pemimpin yang berkarisma di atas padang. Kamu perlukan pemain pemain yang mampu mencetuskan kegilaan di dalam stadium.”

“Saya sudah tak kenal lagi dengan pasukan saya. Ada pemilik baharu dan misi yang baharu.”

“Sudah tentunya kita mahu membandingkan apa yang mereka sekarang ini lakukan dengan zaman Abramovich. Di mana pada zaman itu pun ramai pemain yang dibeli. Namun kelab membuat keputusan yang sangat sangat bijak.”

“Kelab membawa masuk Petr Cech, Andriy Schevchenko, Hernan Crespo, Didier Drogba, Michael Essien, Florent Malouda, dan ramai lagi untuk memenangi trofi.”

“Pemain pemain ini adalah mereka yang ada pengalaman. Dan sekarang kita mempertaruhkan bakat bakat muda. Kemudian, bilik persalinan kita lebih daripada 30 pemain, ianya sukar untuk dikendalikan.”

Frank Lampard enggan mengulas pandangan Drogba tersebut kerana menurutnya Drogba berhak menyatakan pandangan peribadinya.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan