Dybala Ancam Saman Juve Jika Terus Culas Bayar Tunggakan Gajinya Bernilai €3 Juta (RM14.3 juta)

La Gazzetta dello Sport melaporkan bahawa Paulo Dybala kini menuntut Juventus untuk melangsaikan kesemua tunggakan gajinya di kelab itu.

Dybala antara pemain yang dipanggil penyiasat berhubung dengan kes salah laku kewangan Juventus.

Juventus dilaporkan telah memalsukan angka perpindahan sebenar pemain dan juga gaji beberapa pemain.

Juventus dipotong 15 mata kerana curang

Ini untuk mengaburi pihak berkuasa dan FIGC agar mereka tidak kantoi ada masalah pada kewangan kelab.

Juventus menanggung kesan dari segi bil gaji pemain yang melambung tinggi. Sedangkan nilai komersial Liga Itali tidak sebesar di EPL sekalipun.

Beberapa pemain senior Juventus seperti Chiellini menyatakan bahawa, pembelian Ronaldo telah membuatkan kelab lari daripada hala tuju mereka. Meninggalkan falsafah bola sepak dan pemain seperti Dybala terkena impak daripada perkara itu.

Ronaldo terpaksa dijual ke Manchester United.

AFP melaporkan bahawa Juventus telah membuatkan nilai pasaran perpindahan pemain di Serie A melambung tinggi ataupun berdepan inflasi.

Juventus kemudian merayu para pemain mereka agar menerima pemotongan gaji ketika pandemik. Dan mereka mengumumkan kelab berjaya menjimatkan €90 juta daripada persetujuan dengan pemain untuk pemotongan dan penangguhan gaji pada Mac sehingga Jun 2020.

Namun pendakwaraya menyatakan angka itu tidak tepat. Mereka cuma mampu menjimatkan €22 juta sahaja daripada langkah itu. Sekaligus dakwaan dikenakan ke atas Juventus sebagai mengemukakan laporan kewangan palsu.

Beberapa bulan lalu, ejen kepada Cristiano Ronaldo mendesak Juventus menyelesaikan tunggakan gaji pemain itu walaupun dia sudah bertahun tahun meninggalkan Juventus.

Keputusan penghakiman ini lebih berat daripada hukuman yang dicadangkan oleh pihak pendakwaraya sebelum ini yang meminta hukuman potong 9 mata.

Dalam kenyataan yang sama mahkamah mendedahkan bahawa 11 orang lembaga pengarah terdiri daripada ahli lembaga pengarah sebelum ini dan yang ada ketika ini turut dikenakan penggantungan daripada sebarang aktiviti bola sepak selama 24 bulan.

Ini termasuk Andrea Agnelli yang merupakan ketua pengarah. Agnelli sebelum ini telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi kelab pada November 2022.

Hukuman lebih berat dikenakan ke atas bekas pengarah sukan Juventus, Fabio Paratici yang kini menjadi pengarah sukan di Tottenham. Paratici digantung 30 bulan.

Juventus bertekad akan melakukan rayuan dan membantah keputusan mahkamah. Dalam kenyataan rasmi Juve berkata:

“Kami menganggap ini satu ketidakadilan kepada kelab dan jutaan peminat Juventus. Di mana kami percaya keputusan ini akan diperbaiki pada sidang mahkamah seterusnya.”

Juventus antara kelab yang terus kekal dengan pendirian untuk menubuhkan Liga Super Eropah. Langkah penting dalam usaha kelab mahu mengatasi masalah kewangan mereka.

Dybala tuntut gajinya

Kini Dybala muncul dengan tuntutan gajinya yang masih belum dibayar kelab lamanya itu.

Dan ketika bercakap dengan pegawai penyiasat, pemain itu mendedahkan bahawa Juventus masih berhutang kepadanya lebih daripada €3 juta.

Namun dia selama ini mengambil pendekatan ‘menjaga hati’ penyokong Juventus yang baik dengannya. Dan tidak mahu menyaman kelab itu.

Pemain antarabangsa Argentina itu adalah antara pemain Juventus yang bersetuju untuk mengurangkan gaji empat bulan tetapi penyiasat telah merampas dokumen yang nampaknya membuktikan Bianconeri telah membuat perjanjian rahsia untuk membayar sebahagian daripada wang tersebut di pintu belakang.

Ini bermakna, Dybala tidak dipotong gaji seperti dilaporkan di dalam laporan kewangan mereka. Sebaliknya ditangguhkan bayaran, dan akan dibayar kemudian dari cara ‘bawah meja’ dan mengaburi pihak berkuasa.

Terdapat penyiasatan jenayah yang sedang dijalankan oleh pendakwaraya Turin dan penyiasatan FIGC kedua yang boleh membawa kepada penalti lain untuk Bianconeri selepas pemotongan 15 mata untuk kesalahan berkaitan nilai perpindahan pemain yang dibuat buat oleh Juve.

Dybala telah ditemu bual buat kali kedua oleh penyiasat Februari lalu di Rom dan Gazzetta melaporkan apa yang dikatakan warga Argentina itu.

“Saya tidak ingat bila gaji bulan lepas dibayar, tetapi saya tahu Juventus masih berhutang dengan saya.”

“Apabila kami membuat perjanjian, saya tahu bahawa jika saya masih mempunyai kontrak, saya akan menerima lebih banyak wang pada bulan-bulan berikutnya, tetapi jika saya pergi, mereka perlu membayar terus kepada saya.”

“Saya tahu Juventus mempunyai peluang terakhir untuk membayar saya pada April 2023. Jika mereka tidak melakukannya, peguam saya akan membuat tuntutan bertulis, tetapi saya mahu mengelak daripada senario ini. Saya tidak mahu menyaman Juventus.”

Menurut laporan itu, Juventus masih berhutang kepada Dybala €3.7 juta dan peguamnya Luca Ferrari telah pun membuat permintaan rasmi untuk mendapatkan wang tersebut. Peguam pemain itu meminta pampasan untuk ganti rugi, memandangkan Dybala telah dijanjikan kontrak baharu pada penghujung 2021 tetapi akhirnya tidak ditawarkan perjanjian baharu.

“Bukan itu [kontrak] yang saya minta. Apa yang saya mahukan ialah gaji tertunggak saya,” tegas pemain itu.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari