Ejen Hartanah Jelaskan Kenapa Rumah Paling Nipis Di London Ini Berharga $1.3 Juta RM5.26J

Bersebelahan di antara pejabat dan salun pendandan rambut, dengan hanya sebaris cat biru gelap menandakan bahawa di situ ada sebuah rumah.

Dan ianya merupakan rumah yang paling ‘nipis’ dan kecil di tengah kota London pada ketika ini.

Tetapi rumah lima tingkat di Shepherd’s Bush, yang bukaannya hanya  5 kaki 6 inci (1.6 meter)  kini berada di dalam senarai pasaran dengan harga $1.3 juta.

Kenapa harganya boleh membuatkan Yahudi pun surrender? Kerana rumah itu sudah dibina sekitar akhir abad ke-19 atau awal abad ke-20.

Ianya bukan harta pusaka yang biasa biasa. Asalnya ia adalah sebuah kedai topi Victorian. Di mana di bawahnya adalah kedai dan di atas adalah tempat tinggal.

Rumah ini masih memiliki kaca dari zaman dahulu, dengan lampu berbentuk topi bowler.

David Myers, penolong pengurus jualan di ejen hartanah Winkworth yang menjual hartanah itu, mengatakan rumah itu bernilai harganya kerana ianya “sebahagian unik dari sejarah London.”

Myers berkata: “Ini adalah sebahagian kecil daripada keajaiban London,” katanya kepada AFP.

Bahagian dapur adalah yang paling sempit berada di hujung sekali di tingkat bawah. Ruang makan / dinning area adalah dua kali lebih besar daripada dapur.

Di luar tingkap yang digelar French window itu terdapat taman seluas 16 kaki. Di bahagian ground floor adalah tempat menyambut ketibaan pelanggan.

Tingkat satu,  terdapat bilik tidur dan bilik belajar, juga mempunyai atap teres dengan pemandangan dari atas atap [rooftop view]  dari London Barat dan serombong asap.

Tangga berbentuk spiral menghubungkan tingkat dua dengan bilik tidur utama di tingkat tiga serta bilik mandi.

Myers mengatakan rumah itu adalah untuk “pasangan muda atau individu” yang dapat melihat sendiri keindahan rumah tersebut.

“Rumah ini akan menarik minat pembeli yang” arty ” [artistik ] atau bohemian,” tambah Myers lagi sambil menyatakan bahawa rumah tersebut juga menggabungkan perhiasan zaman dahulu dengan kini.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di