Enrique: “Iniesta Pun Tak Mampu Buat Apa Yang Pedri Lakukan Dalam Kejohanan Ini”

Pengurus Sepanyol, Luis Enrique telah memberikan penilaian positif kepada pasukan Sepanyol dalam kempen Euro kali ini.

Enrique menegaskan bahawa Sepanyol kini sudah kembali kepada era sebenar mereka selepas 9 tahun melalui padang pasir yang penuh ranjau dan liku.

Selepas kekalahan di tangan Itali, Enrique menegaskan bahawa Sepanyol sudah melakukan tugasan mereka sebaiknya.

Beliau turut memuji pemain muda Barcelona, Pedri yang menurutnya telah melakukan perkara yang malah tak mampu dilakukan Iniesta dalam kariernya.

Di mana pemain berusia 18 tahun itu memainkan peranan besar dalam musim yang panjang dan sukar bersama dengan Barcelona sebelum muncul sebagai pemain utama di Euro 2020.

Beliau kemudian menunjukkan aksi cemerlang di pentas utama Euro, walaupun masih remaja. Sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Iniesta sekalipun.

Pedri sangat matang di dalam permainannya. Memiliki keyakinan tinggi berdepan dengan bintang bertaraf dunia yang lain di atas padang.

Pedri terlepas aksi awal musim dengan Barcelona kerana kecederaan. Namun selepas itu beliau menjadi pemain penting Barca.

Pedri menjadi bualan ramai kerana prestasi luar biasanya termasuk pujian daripada Enrique sendiri. Ianya memberikan gambaran bahawa Pedri selepas ini akan terus menjadi sandaran Enrique.

Enrique berkata: “Adakah ada yang memerhatikan apa yang telah dilakukan seorang budak lelaki berusia 18 tahun bernama Pedri di Euro?”

“Saya tidak pernah melihat budak berusia 18 tahun bermain seperti Pedri dalam kejohanan ini.”

“Bahkan Andres Iniesta pun tidak pernah melakukannya. Kamu harus menjaga beliau sebaiknya, ”kata Luis Enrique, seperti yang dilaporkan oleh Marca.

“Apa yang dilakukan Pedri di Euro ini tidak pernah saya lihat pada pemain berusia 18 tahun, tidak ada sesiapapun pernah melakukannya di Euro, Piala Dunia, sukan Olimpik, ini adalah sesuatu yang melangkaui semua logik.”

“Saya gembira kerana masih banyak masa lagi untuk menggunakan khidmat Pedri.”

Pedri selepas ini akan bermain dalam temasya Olimpik.

Pedri merupakan bakat yang digilap oleh Barcelona dari akademi La Masia. Beliau dijangka akan menjadi pemain penting dalam kesebelasan utama Barcelona pada musim akan datang.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di