EPL: Gabriel Pastikan London Itu Merah, Arsenal Rampas Semula Tempat Teratas

Arsenal sekali lagi membuktikan kenapa mereka berhak menjadi juara musim ini bersaing dengan Manchester City apabila melepasi satu lagi cabaran getir dalam aksi Derbi London.

Arsenal menang tipis dengan keputusan 1-0 di Stamford Bridge hasil jaringan Gabriel Maghalhaes.

Skuad Mikel Arteta memerlukan kemenangan mutlak dalam perlawanan ini untuk merampas kembali kedudukan teratas liga. Ini selepas Erling Haaland semalam menjaringkan gol lewat menerusi penalti untuk memberikan kemenangan kepada City.

Arsenal turun pada hari berikutnya berhadapan dengan Chelsea.

Separuh masa pertama Arsenal mendominasi perlawanan sejak awal. Chelsea banyak bergantung kepada serangan balas.

Gabriel Jesus mempersiakan peluang terbaik pada separuh masa pertama. Arsenal walaupun dominan namun mereka gagal mencipta sebarang percubaan tepat. Chelsea cuma ada 3 percubaan namun ada 1 percubaan tepat.

Pada separuh masa kedua, Arsenal terus menjadi pasukan lebih dominan. Namun mereka tetap berdepan kesukaran untuk mencipta peluang dengan Chelsea kental bertahan.

Akhirnya Arsenal menemui gol yang mereka cari. Ini selepas Gabriel menyambar hantaran Saka untuk meletakkan pelawat 1 gol di hadapan pada minit ke-63.

Gabriel kini sudah menjaringkan 7 gol dalam EPL sejak musim lalu. Tiada pemain pertahanan lain yang mampu menjaringkan gol lebih banyak daripadanya dalam tempoh yang sama.

Gabriel juga sudah menjaringkan 9 gol daripada situasi sepakan penjuru dal EPL, sejak menyertai Arsenal. Tertinggi sejak musim 2020/21.

 

Chelsea berterusan buntu dan akhirnya aku bahawa Arsenal adalah pasukan lebih berhak menang.

Kemenangan ini mengembalikan semula Arsenal ke punca liga.

Baca yang lain