EPL: Liverpool Kembali Ke Landasan Kemenangan, Minamino Skor Pada Harijadi

Liverpool berjaya memenangi perlawanan menentang Brentford dalam aksi Liga Perdana Inggeris untuk memintas Chelsea bagi kedudukan tempat kedua ketika ini.

Seperti yang dunia tahu, Liverpool turun tanpa Sadio Mane dan Mo Salah yang berada di Afrika untuk Piala AFCON.

Ini adalah perlawanan ke-350 Jurgen Klopp mengendalikan The Reds.

Sebelum ini Liverpool bergelut untuk mencari rentak permainan. Kali ini Liverpool lebih baik dari segi fluiditi dan pressing.

Liverpool di hadapan menerusi Fabinho pada lewat separuh masa selepas menerima hantaran Trent Alexander Arnold.

Arnold kini mencatatkan statistik tak masuk akal menjadi pemain ketiga hanya di belakang Messi dam Muller membekalkan lebih banyak assist sejak 2018/19.

Pada separuh masa kedua, Alex Oxlade Chamberlain menjaringkan gol kedua perlawanan. Namun beberapa minit kemudian, Chamberlain mengalami kecederaan dan terpaksa dikeluarkan.

Liverpool memasukkan Takumi Minamino.

Pemain antarabangsa Jepun itu menjadi topik hangat sepanjang minggu selepas gagal menyempurnakan peluang terhidang ketika berdepan Arsenal.

Kali ini Minamino tidak mempersiakan peluang terbaik hasil daripada lorongan manja daripada Firmino.

Firmino yang terkenal dengan sikat pengasih dan penyayang, melorongkan bola untuk gol ala FIFA kepada Minamino. Kalau tak skor juga tak taulah.

Minamino mencatatkan rekod unik menjadi pemain kelima yang menjaringkan untuk Liverpool pada hari jadi, selepas kali terakhir Daniel Sturridge melakukan rekod serupa.

Tamat perlawanan Liverpoool 3 Brentford 0.

Liverpool lebih tajam di depan gol dan lebih penetratif berbanding dengan perlawanan sebelum  ini. Di mana menentang Arsenal mereka mendapat on target pertama pada masa kecederaan minit ke-91.

Tetapi pada kali ini Liverpool melakukan 23 shot dengan 13 on target. Menguasai 69% perlawanan dengan 694 hantaran dilakukan. Angka itu sangat banyak.

Brentford terlalu teruk hari ini dengan kualiti hantaran yang sangat tidak menggambarkan mereka pasukan EPL. Brentford hanya melakukan 63% ketepatan sahaja dari segi hantaran.

Liverpool bagaimanapun masih sangat jauh di belakang Man City dengan 13 mata.

Baca yang lain

Sancho Tak Mahu Pulang Ke United

Koresponden Patrick Berger mendedahkan bahawa Jadon Sancho sudah tak ada hati untuk bermain untuk Manchester United lagi. Pemain itu tidak mahu kembali