ESPN Sahkan Todd Boehly Hubungi PSG Untuk Dapatkan Neymar

Pemilik Chelsea, Todd Boehly dilaporkan sudah menghubungi PSG untuk bertanya status Neymar.

Ini selepas terdapat laporan menyatakan bahawa PSG mahu menjual bintang antarabangsa Brazil itu pada akhir musim ini.

ESPN melaporkan Todd Boehly mengadakan pertemuan rahsia dengan pemilik PSG sendiri iaitu Nasser Al Khelaifi.

Baru baru ini PSG dilaporkan sudah mencapai kata sepakat di kalangan pengurusan tertinggi kelab bahawa mereka sedia menjual  Neymar untuk mengurangkan beban gaji di kelab itu.

Dalam pada masa yang sama mereka mahu menggunakan sumber wang daripada Neymar itu untuk menampung kontrak baharu Lionel Messi dan pembelian pemain baru.

PSG sudah diberitahu bahawa kelab itu perlu mengurangkan gaji pemain mereka sehingga 30% musim hadapan. Jika tidak mereka akan berdepan dengan isu FFP.

Neymar sebenarnya pernah cuba dijual oleh PSG awal musim ini.

Namun pemain itu tidak mahu berpindah. Ini ditambah, tiada kelab lain yang sanggup membayar gaji Neymar yang sangat tinggi.

Seterusnya pemain itu juga dikatakan hanya sedia berpindah ke Barcelona.

Namun situasi kewangan bekas kelabnya itu membuatkan perkara itu mustahil.

Galtier sudah menyatakan dia tidak menjadikan Neymar sebagai pemain penting dalam sistem permainannya.

Namun menariknya, Neymar musim ini sangat cemerlang di bawah Galtier.

Todd Boehly sebelum ini pernah cuba mendapatkan Cristiano Ronaldo sebagai pembelian superstar nama besar.

Kini mencuba untuk mendapatkan Neymar yang boleh memberikan nilai publisiti tambahan kepada kelab.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu