Etoo Dijatuhi Hukuman Penjara 2 Tahun Kerana Menipu Cukai €3.87J, Dia Salahkan Ejennya

Bekas pemain bola sepak FC Barcelona Samuel Eto’o dan bekas ejnnya, José María Mesalles masing masing menerima hukuman penjara 22 bulan dan satu tahun pada Isnin ini, selepas mengakui telah menipu €3,872,621 daripada Perbendaharaan Awam, antara 2006 dan 2009.

Dalam kenyataannya di Mahkamah Jenayah nombor 11 Barcelona, ​​​​Eto’o telah mengakui penipuan itu tetapi telah menyalahkan bekas ejennya itu, tanpa menyebut secara langsung nam Mesalles, yang selalu dirujuknya sebagai “bapa kedua”.

Malah, bekas pemain bola sepak Cameroon itu memfailkan saman terhadap bekas ejennya atas dakwaan jenayah penipuan dan penyelewengan dalam pengurusan asetnya, perkara yang masih dalam fasa siasatan.”

“Saya menyedari fakta dan saya akan membayar, tetapi sila sedia maklum bahawa saya masih kecil [muda] ketika itu dan saya sentiasa melakukan apa yang ayah saya minta,” kata Samuel Eto’o.

Mesalles, bagi pihaknya, memilih untuk tidak memberi keterangan sebelum mengakui fakta, dalam perbicaraan di mana defendan ketiga, Jesús Lastre, pentadbir salah satu syarikat penting yang digunakan dalam penipuan itu, telah dibebaskan.

Dalam dakwaannya, pihak pendakwaan meminta hukuman penjara 4 tahun dan 6 bulan untuk Eto’o dan Mesalles, yang akhirnya telah dikurangkan kepada 22 bulan untuk bekas pemain itu, atas tuduhan empat jenayah terhadap Perbendaharaan Awam, dan satu tahun untuk bekas ejennya sebagai rakan subahat.

Begitu juga, bekas penyerang Afrika itu telah dijatuhkan hukuman membayar empat denda, setiap satu jenayah, berjumlah €1,810,310, dan bekas ejennya diminta keseluruhan €905,155.

Hukuman itu, yang pelaksanaan hukuman penjara akan digantung kerana kedua-duanya tidak mempunyai rekod jenayah, telah diringankan oleh Pejabat Pendakwa Raya dengan mengiktiraf fakta bahawa Etoo berjanji mahu membaiki sebahagian kerosakan dengan mengembalikan sebahagian daripada bayaran yang ditipu.

Kesalahan dilakukan oleh Etoon sekitar 2006 dan 2009, tahun di mana Samuel Eto’o memperoleh pendapatan yang besar daripada pemindahan hak imejnya kepada jenama sukan Puma dan FC Barcelona, ​​​​yang sepatutnya dikenakan cukai sebagai pendapatan daripada modal alih dalam penyata cukai pendapatan peribadi mereka, tetapi pemain bola sepak itu tidak mengisytiharkan.

Di Sepanyol ramai pemain luar negara telah terkena dengan isu hak imej yang rumit di negara tersebut.

Sumber: Sports ES

Baca yang lain