Evra: Ronaldo Tinggalkan Juventus Kerana Seringkali Dijadikan Kambing Hitam

Patrice Evra menyatakan bahawa beliau lega kerana rakan baiknya Cristiano Ronaldo kini tidak lagi menjadi mangsa cemuhan peminat Juventus setiap kali pasukan itu gagal beraksi.

Evra mengkritik Juventus terutama sekali peminatnya yang seringkali menjadi kambing hitam kepada kegagalan pasukan pada musim lalu.

Pada akhir musim, Ronaldo memutuskan untuk meninggalkan Juventus dan pulang semula ke Manchester United.

Di musim terakhirnya bersama Juventus, Ronaldo gagal membantu Juventus menjuarai Serie A. Selain itu Ronaldo turut gagal memenangi sebarang UCL seperti yang beliau hajatkan ketika menyertai pasukan itu dahulu.

Evra mendapati bahawa terlalu ramai pihak, termasuk beberapa pegawai atasan kelab, pundit, media Itali dan peminat Juventus yang menjadikan Ronaldo sebagai sasaran selepas kegagalan mereka.

Evra menegaskan bahawa, Ronaldo mencari hubungan yang penuh dengan cinta dan hormat ketika di Juventus.

Malangnya itu tidak berlaku. Dia malah sentiasa diberikan tekanan dalam setiap perlawanan.

Evra berkata: “Cristiano memerluka sayang dan juga rasa hormat. Di Juventus, ia dijadikan kambing hitam atas kegagalan mereka. Kritikan-kritikan yang beliau terima di Itali benar-benar tidak masuk akal dan sedikit hipokrit,”

Evra malah merasakan bahawa itu antara sebab kenapa Ronaldo akhirnya memutuskan untuk angkat kaki dari Juventus.

Selain itu tindakan Allegri yang tidak mahu menjamin Ronaldo bermain dalam setiap perlawanan setiap minggu juga membuatkan pemain itu tersinggung.

“Saya rasa Allegri membuat sebuah kekeliruan dengan mengatakan Cristiano tidak akan bermain di semua perlawanan musim ini. Saya rasa hal-hal semacam itu tidak perlulah dikongsi kepada umum,” tambah Evra lagi.

Sejak Ronaldo meninggalkan Juventus, pasukan itu turut mengalami kesulitan untuk mencari rentak.

Perkara itu diakui sendiri oleh Chiellini yang merasakan bahawa, pasukan mereka sudah dibina untuk bermain dengan sistem Ronaldo.

Oleh kerana Ronaldo pergi mengejut pada saaat akhir, membuatkan segalanya carca merba.

Chiellini Berharap Ronaldo Pergi Lebih Awal Demi Kebaikan Juve Secara Berpasukan

Pemain pertahanan veteran itu juga memberitahu DAZN bahawa kapten Portugal memerlukan pasukan yang dibina di sekelilingnya dan berfokus kepada dia seorang.

Ronaldo meninggalkan Juve untuk Manchester United pada hari terakhir pada jendela perpindahan yang lalu, dan bergabung semula dengan kelab Old Trafford dengan harga diskaun kasih sayang €23 juta.

Pemain berusia 36 tahun itu terus menjaringkan enam gol dalam lapan perlawanan untuk United, termasuk menjadi pemenang dalam aksi thriller Liga Juara-Juara menentang Atalanta.

Namun Chiellini percaya Ronaldo memang sudah merancang masa depannya pada awal musim panas lalu.

“Saya sudah tahu dia akan pergi musim panas ini, kerana kami  sudah mencapai tahap hubungan kerja di mana Cristiano memerlukan motivasi baru dan pasukan yang akan sanggup bermain untuk dirinya,” kata pemain pertahanan itu.

“Ketika dia menemui pasukan seperti itu, dia selalu dapat sentuhan pemusnah, seperti juga di Juve.”

“Juventus memulakan proses pembaharuan dan berusaha untuk menurunkan purata umur pemain, jadi jelas dia akan menjadi bonus tambahan jika dia kekal, tetapi wajar dia mahu fokus kepada pasukan pada masa kini berbanding masa depan.”

Komen Chiellini itu dibuat selepas wartawan bertanya, apakah manfaat di sebalik pemergian Ronaldo dari Juventus.

Era selepas Ronaldo pada awalnya agak sukar untuk Juve, dengan Bianconeri gagal mencatat kemenangan dalam tiga perlawanan pertama mereka di Serie A.

Dan selepas itu, Juve mencatatkan empat kemenangan berturut-turut menyaksikan mereka naik ke tangga ketujuh, 10 mata di belakang pendahulu – Napoli.

Chiellini menjelaskan bahawa Juventus sebenarnya sudah merancang musim ini untuk kekal dengan sistem permainan berpandukan Ronaldo. Namun akhirnya terpaksa menanggung akibat daripada keputusan mereka melepaskan Ronaldo lewat.

“Ronaldo pergi pada 28 Ogos lalu dan pastinya akan lebih baik jika dia pergi lebih awal agar kami dapat bersiap lebih awal. Sayangnya, kami harus membayar harga untuk itu, ”tambah Chiellini.

“Pemergian dia sangat mengejutkan sistem permainan kami dan kami kehilangan mata dalam permainan pembukaan kerana itu.”

“Sekiranya dia pergi pada 1 Ogos, maka kita akan mempunyai masa untuk menyusun semula sistem permainan dan lebih bersedia untuk permulaan musim ini. ”

Komen Chiellini itu adalah sama dengan pandangan oleh rakan pertahanannya Leonardo Bonucci.

Yang sebelum mendakwa bahawa Juventus lebih merupakan kekuatan sebagai pasukan selepas pemergian Ronaldo.

Bonucci mengakui, dengan adanya Ronaldo di dalam pasukan, mereka menjadi pasukan yang lebih ego dan memikirkan bahawa adanya Ronaldo dalam pasukan.

Selepas pemergian pemain itu, setiap pemain kembali merasakan tanggungjawab untuk mencari kemenangan bersama sama dan saling menyokong antara satu sama lain.

“Sejak kebelakangan ini, kami kehilangan karakter ini dari Juve, kami bermain dengan juara hebat seperti Ronaldo dan kami ingin meletakkannya dalam kedudukan untuk selalu melakukannya dengan baik, memikirkan dia dapat menyelesaikan semua perlawanan,” kata Bonucci.

“Tahun ini kami menemukan semula karakter dengan kerendahan hati yang tepat yang kembali berfungsi untuk mendapatkan kembali.”

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu