FA England Diminta Gantung Mudryk Kerana Video TikTok Dianggap Rasis

Pemain penyerang bernilai EUR100 juta Chelsea, Mykhailo Mudryk telah meminta maaf di atas kesilapannya di masa lalu.

Di mana video dia menggunakan ayat ‘N’ telah ditularkan kembali.

Mudryk dituduh sebagai rasis dan ramai meminta agar dia dikenakan hukuman di atas perbuatannya.

Mudryk sudah meminta maaf dan menyatakan bahawa dia bukan berniat rasis, tetapi hanya menyanyi lagu tersebut untuk dimuatnaik ke dalam TikTok.

FA Inggeris sudah menghubungi Mudryk dan Chelsea. Meminta penjelasan di atas perkara tersebut.

FA Inggeris mahukan maklumat tentang tarikh video itu dimuat naik. Video tersebut sudah pun dipadamkan oleh Mudryk.

Wakil kepada pemain itu sebenarnya sudah meminta maaf tentang kesilapan dilakukan Mudryk dan menyatakan bahawa ianya video lama yang dimuatnaik pemain itu pada Julai 2022.

Dalam kenyataannya, wakil pemain itu berkata: “Mykhailo benar benar kesal dan meminta maaf kepada semua pihak yang tersinggung kerana video yang dia muatnaik pada Julai lalu.”

“Niat dia hanyalah mahu menghafal lagu itu sepenuhnya. Mykhailo sangat menyesal dengan kelakuannya dan bersedia menerima hukuman jika video itu dianggap tidak senonoh.”

“Sebagai respon, video itu sudah pun dipadamkan.”

Menurut laporan dari UK, pemain itu mungkin terlepas daripada tindakan walaupun terdapat peraturan yang dirombak pada 2020, yang membolehkan mana mana pemain dikenakan tindakan di atas padang atas kelakuan rasis dan diskriminasi di luar padang.

FA Inggeris bagaimanapun telah memberikan amaran kepada Mudryk agar menjaga tingkah lakunya di masa hadapan dan lebih bertanggungjawab di atas perkara yang dia muatnaik kepada umum.

Ada juga yang masih mempertikaikannya. Kerana Cavani sebelum ini pernah dikenakan penggantungan kerana hantarannya di Instagram. Walaupun dia tidak berniat rasis.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di