Fabrizio Romano: Sheikh Jassim Tarik Diri Beli Man United 100%

Beberapa minggu lalu, Sir Jim Ratcliffe dilapporkan telah menarik diri daripada membeli Man United. Membiarkan Sheikh Jassim menjadi pembida tunggal untuk membeli Man United.

Sheikh Jassim lebih digemari peminat Man United kerana dianggap akan membolehkan kelab memiliki kuasa kewangan lebih tinggi. Memandangkan jumlah kekayaan mereka berlipat kali ganda lebih kaya daripada pemilik Man City, Newcastle atau PSG sekalipun.

Selain itu Sheikh Jassim menerusi Yayasan 92 merupakan peminat tegar Man United yang mahu memiliki Man United sepenuhnya dengan menyahkan sama sekali kepentingan Glazer dalam Man United.

Sheikh Jassim benar benar serius mahu memiliki Man United dan membangunkan semula kelab itu termasuk membangunkan semula Teater Impian, Old Trafford.

Pihak Sheikh Jassim sebelum ini sudah memberikan amaran bahawa bidaan sekitar £5 billion lebih untuk mendapatkan Man United adalah tawaran akhir mereka. Sama ada Glazer menerimanya atau rundingan tak jadi.

Glazer masih cuba bermain harga mahukan sekurang kurangnya £6 billion untuk menjual Man United.

Pada November 2022, Glazer telah menyenaraikan Man United untuk dijual. Berita itu disambut dengan gembira peminat United yang sudah lama menyampah dengan Glazer.

Beberapa pembida memulakan bidaan dengan harga sekitar £3 billion. Namun ditolak. Kemudian Glazer menyatakan mereka mahukan harga lebih tinggi daripada Chelsea yang menjadi rekod paling tinggi penjualan kelab setakat ini. Chelsea dilaporkan telah dijual sekitar £4.2 billion.

Lantas beberapa pembida cuba membeli Man United dengan nilai sekitar £4 billion. Dengan persaingan mulai tertumpu kepada Sir Jim Ratcliffe dan Sheikh Jassim. Kerana beberapa pembida lain mulai menarik diri. Ada yang tak berpuas hati dan menganggap Glazer lebih kepada bermain main dalam proses jualan itu.

Glazer dituduh lambat membalas email atau mengangkat panggilan. Tidak melayan mereka dengan lebih serius.

Kedua dua pihak saling bersaing harga dan menawarkan pakej mereka sendiri kepada Glazer. Sir Jim Ratcliffe awalnya menjadi pilihan Glazer kerana sedia memberikan sejumlah kecil saham kepada keluarga itu.

Namun dari segi tawaran harga Sheikh Jassim kemudian sedia membayar sekitar £4.5 billion untuk mendapatkan Man United.

Glazer kemudian meminta Sheikh Jassim menaikkan tawaran kepada £6 billion. Angka itu dianggap terlalu tinggi. Dan Sheikh Jassim seterusnya menaikkan tawaran menjadi £5 billion yang dianggap tawaran sangat munasabah mendapatkan United.

Pada masa ini Glazer mulai cuba membayangkan mereka tak mahu menjual Man United secara penuh. Terutama sekali selepas mereka menjuarai Piala Carabao. Menyatakan bahawa mereka kekal optimis mampu menjadi pemilik yang bagus dalam membangunkan kelab.

Sambil meminta Sheikh Jassim mempertimbangkan untuk menjadi rakan niaga mereka. Cadangan itu ditolak Sheikh Jassim yang hadir dengan tawaran di atas £5 billion selepas itu. Sheikh Jassim berjanji akan membayar kesemua hutang kelab dan masih mahukan pemilikan 100%.

Hutang kelab sentiasa menjadi masalah utama yang membuatkan pembida sukar menawarkan harga terlalu tinggi. Kerana Man United ada hutang sekitar £500-£600 juta setiap tahun. Angka yang dianggap sengaja diletakkan Glazer untuk memastikan mereka terus kekal di Old Trafford kerana pembeli akan mengambil kira beban hutang tersebut.

Proses jualan masih tergantung. Segalanya serba tak jelas. Lalu pada hari ini Fabrizio Romano melaporkan bahawa Sheikh Jassim menarik diri 100% daripada proses membida Man United.

Adakah ini bermakna Sir Jim Ratcliffe akan kembali semula dengan tawaran mereka?

 

Baca yang lain