FAM Kecewa Luqman Hakim Membelakangi Mereka, Betul Ke?

Pada ketika ini, nama Luqman Hakim terus menjadi bualan. Ramai peminat memberikan sokongan kepada pemain itu untuk mencapai impiannya beraksi di Eropah.

Luqman Hakim tahun lalu diperkenalkan sebagai pemain baharu FC Kortijk. Namun perjalanannya ke Belgium ditangguhkan seketika kerana masalah pandemik yang melanda global.

Kini pemain itu turut dikaitkan dengan kelab EPL.

Namun begitu, terdapat juga banyak perdebatan panas tentang pemain prospek yang pernah diiktiraf The Guardian sebagai salah seorang pemain muda berbakat besar.

Antaranya adalah tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendakwa Luqman membelakangi badan induk bola negara itu.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, memberikan bayangan bahawa penyerang kelahiran Kelantan tersebut telah berada dalam kelompok di mana orang di sekelilingnya berniat jahat atas kepentingan peribadi.

Dan beliau risau Luqman Hakim keadaan dimanipulasi individu yang ada kepentingan peribadi.

Hamidin menegaskan, FAM bukan nak menghalang Luqman Hakim pergi ke luar negara. Sebaliknya mereka menyatakan bahawa FAM adalah organisasi terbaik menjadi rujukan Luqman Hakim dalam semua perkara berkaitan bola sepak.

“Tiada orang yang boleh ada lebih besar hubungannya dengan pihak berkepentingan seperti Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Persekutuan Bolasepak Asia (AFC) berbanding FAM, jadi kalau ada-ada apa yang terjadi ke atas Luqman, persekutuan ini yang akan membantu.

“Saya mahu menasihati Luqman agar mendapatkan FAM sebagai pandangan kedua bagi memastikan mindanya tenang untuk beraksi di luar negara.

“Ini kerana dia masih muda jadi ramailah yang mahu rapat dengannya,” kata Hamidin ketika dihubungi wakil Nadi Arena, Norsyarafina Nasrom.

FAM juga menyatakan sentiasa membuka pintu untuk Luqman Hakim.

“Setakat ini setahu saya tiada (FAM dihubungi oleh Luqman).”

“Saya ingin mengulangi nasihat bahawa FAM adalah tempat (yang tepat) untuk dirujuknya jika dia mahu mendapatkan segala maklumat.”

Wartawan Astro kemudian menghubungi bekas Pegawai Eksekutif Program Pembangunan Bolasepak Kebangsaan (NFDP), Safirul Abu Bakar.

Kenyataan Hamidin itu ditepis oleh Safirul.

Safirul menegaskan bahawa FAM tiada kena mengena dengan perbincangan di antara kedua-dua belah kelab itu.

“(Kehadiran wakil) kelab yang terlibat perlu ada.”

“Luqman mengikat kontrak bersama Selangor tetapi untuk memuktamadkan kontraknya (dengan kelab lain) , seseorang pemain itu akhirnya perlu memohon kepada badan pengelola,” kata Safirul – seperti yang dipetik dari Stadium Astro.

Rujukan: Awani / Stadium Astro

Baca yang lain