FAM: ‘MFL Yang Tentukan Ada Atau Tiada Piala Malaysia Musim Ini’

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyerahkan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membuat keputusan terbaik mengenai perjalanan Liga Malaysia (Liga M).

Jadi, MFL akan membuat keputusan secara total, ini termasuk, jika mereka mahu mengubah format pertandingan pada tahun ini.

MFL biasanya akan berjumpa dan bermesyuarat di kalangan rakan kongsinya untuk mencari kesepakatan.

Piala Malaysia kini berada dalam kemungkinan bakal dibatalkan penganjuran musim ini kerana Covid-19.

Covid-19 telah membuatkan kalendar liga terpaksa dipinda semula. Pada ketika ini, Liga Malaysia masih digantung sementara kerana koronavirus.

Selain itu, Malaysia masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Semua acara sukan di Malaysia pada ketika ini dihentikan seketika, termasuk liga Malaysia.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan segala keputusan mengenai perkara itu hanya boleh dibuat oleh MFL selaku badan pentadbir Liga M. Dan bukannya FAM.

Dipetik daripada BH Online, Stuart Ramalingam berkata: “Susah saya nak komen (mengenai dakwaan saingan Piala Malaysia mungkin dibatalkan), sebab kejohanan dan jadual semua di bawah MFL.”

“Jadi MFL yang akan tentukan dan mengeluarkan keputusan terperinci yang akan memberi kebaikan kepada semua pihak. Kami hanya tengok tarikh membabitkan pasukan kebangsaan saja.”

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan menegaskan MFL masih dalam pertimbangan, sama ada nak mengeluarkan Piala Malaysia daripada kalendar Liga Malaysia musim ini, ataupun tidak.

Ab Ghani menegaskan bahawa, keutamaan MFL adalah pada Liga Super dan Piala FA.

Jika berlaku kekangan yang sukar dalam musim ini, Piala Malaysia mungkin akan dikorbankan.

Korbankan Piala Malaysia, Pastikan Liga Dan Piala FA Ditamatkan

Sebagai tambahan, Liga Super dan Piala FA menawarkan tempat ke kejohanan serantau / AFC.

Namun begitu, masih ramai yang berharap Piala Malaysia akan terus diadakan musim ini, selaku kejohanan bola sepak tertua di Asia.

Sama sama kita nantikan bagaimana nasib Piala Malaysia ini nanti, sebaik sahaja isu wabak koronavirus ini reda.

Sumber: BH Online

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi