Ferguson: ‘Berikan Saya Zidane Dan 10 Batang Kayu, Dan Saya Berikan Kamu UCL’

Pada satu ketika dahulu, Sir Alex Ferguson sangat mengagumi bintang bernama Zinedine Zidane.

Manchester United ketika era SAF seringkali dikaitkan dengan Zinedine Zidane. Di mana Fergie sudah mendambakan Zidane di dalam pasukannya sejak awal karier pemain itu lagi.

Sir Alex Ferguson malah pernah mengeluarkan kenyataan yang dianggap legenda iaitu: “Berikan saya sepuluh batang kayu dan seorang Zidane dan saya akan memenangi Liga Juara-Juara”.

Itulah kata kata digunakan Sir Alex untuk meyakinkan pemilik kelab ketika itu agar mereka membeli Zidane pada apa sahaja harganya.

Namun Zidane tidak pernah menyertai Man United pada era Fergie. Beliau malah beraksi bersama dengan Galaticos yang sarat dengan bintang.

Impian peribadi Ferguson itu sudah wujud sekian lama. Dia pernah cuba mendapatkan Zidane pada ketika pemain itu masih muda — sehinggakan Fergie pernah meminta bantuan Tony Cascarino dalam usahanya mahu mendapatkan Zidane.

Dalam satu perlawanan amal, Zidane bermain untuk pasukan negara asalnya Perancis dalam perlawanan testimoni. Fergie dipilih menjadi pengurus pasukan lawan Zidane malam itu.

Zidane ketika itu masih muda lagi. Dan Sir Alex sudah teruja melihat keupayaan pemain itu.

Bekas penyerang Chelsea, Cascarino, yang ketika itu bermain di Marseille, pernah mengimbau kembali bagaimana Zidane menarik perhatian Ferguson.

Cascarino memberitahu talkSPORT : “Saya berada di bilik persalinan dan bertemu Sir Alex di Marseille, dia pengurus saya selama sehari dalam satu testimoni, saya berada di bilik persalinan sambil dia berkata kepada saya, ‘bagaimana dengan bahasa Perancis anda?’.

“Saya berkata, ‘ok je boss’, dan dia berkata kepada saya, ‘kamu pergi cakap dengan nombor sepuluh’ dan nombor sepuluh itu kebetulan adalah Zinedine Zidane!”

“Dia meminta saya untuk meyakinkan Zidane untuk datang ke Man United.”

Zidane kemudian berkembang menjadi pemain elit terutama sekali selepas bermain untuk Juventus dan juga Real Madrid.

Beliau dianggap salah seorang pemain terbaik dalam sejarah bola sepak dunia dan sejarah bola sepak Perancis.

Membantu negaranya memenangi Piala Dunia pertama pada 1998, di hadapan penyokong beliau sendiri. Piala Dunia yang awalnya digelar Piala Dunia Ronaldo, namun Zidane merampasnya dari Il Fenomeno.

Zidane dikenali dengan keupayaan menggelecek dan kawalan bola yang luar biasa.

Saksikan di sini aksi aksi Zidane yang memukau:

Baca yang lain

Penyokong Sociedad Ejek Greenwood

Mason Greenwood sekali lagi menjadi serangan lisan berbaur hinaan ke atasnya. Penyokong pelawat, penyokong Real Sociedad telah berkali kali melaungkan Greenwood pergi