Fernandes Serang Pengadil Argentina Dan Maki Pegawai FA Portugal Yang Cuba Menghalangnya

Bintang tengah Portugal, Bruno Fernandes telah melancarkan serangan verbal tanpa sebarang serangan fizikal ke atas pegawai perlawanan selepas kekalahan 1-0 Portugal kepada Maghribi pada suku akhir Piala Dunia di Qatar.

Youssef En-Nesyri menghasilkan tandukan sensasi ala Cristiano Ronaldo untuk memecahkan kebuntuan dan meletakkan Maghribi di hadapan sebelum separuh masa pertama berakhir.

Maghribi dikurangkan kepada 10 minit dalam masa kecederaan selepas Walid Cheddira dilayangkan kad merah, tetapi Portugal tidak dapat menjaringkan gol penyamaan penting sebelum perlawanan tamat.

Anak buah Walid Regragui mengejutkan seluruh dunia sekali lagi dengan menempat tiket ke separuh akhir untuk bertembung dengan juara bertahan Piala Dunia Perancis, yang menewaskan England pada suku akhir.

Rakan sepasukan Fernandes di Portugal, Pepe melancarkan serangan pedas ke atas pegawai perlawanan daripada pertembungan suku akhir menentang Maghribi di Stadium Al-Thumama.

Kini, Fernandes turut melakukan serangan dan kritikan terhadap pengadil Argentina, Facundo Tello dan pegawai perlawanan lain selepas Portugal tersingkir daripada Piala Dunia.

Pemain tengah Portugal berusia 28 tahun itu dilaporkan telah menyerang pegawai perlawanan dari Argentina.

Pegawai media Persekutuan Bola Sepak Portugis (PFF) cuba menenangkan Fernandes. Namun pemain itu memberikan amaran kepada pegawai PFF agar tidak sesekali menghalangnya dan membenarkannya meluahkan pendapatnya mengenai Facundoi Tello dan pasukan pengadilannya.

Pemain tengah Portugal itu memberikan kata-kata kasar penuh gaya konspirasi ke atas pengadil yang berasal dari Argentina mengendalikan perlawanan mereka.

Ketika kakitangan FA Portugis cuba campur tangan dan menenangkan Fernandes, dia berkata: “Jangan sentuh saya, saya akan cakap apa yang saya nak cakap. F**k [pergi mampus dengan ]mereka…”

“Saya perlu mengatakan bahawa adalah sangat pelik untuk mempunyai pengadil yang mengadili perlawanan kami adalah dari negara [Argentina] yang masih mempunyai pasukannya dalam pertandingan dan kita di sini tidak mempunyai pengadil Portugal dalam Piala Dunia.”

“Pengadil kami berada di Liga Juara-Juara, jadi mereka mempunyai kualiti dan tahap yang selayaknya untuk berada di sini.”

“Pegawai ini tidak menjadi pengadil dalam Liga Juara-Juara Eropah sekalipun, mereka tidak biasa dengan permainan jenis ini, mereka tidak mempunyai rentak untuk permainan seperti. Mereka dengan jelas tidak terurus di atas padang.”

“Pada separuh masa pertama, ada penalti yang jelas ke atas saya, tanpa sebarang keraguan, kerana saya ketika itu tidak dikawal dan tidak pernah dalam hidup saya membiarkan diri saya sengaja jatuh [dive], apabila saya bersendirian berdepan dengan penjaga gol, saya boleh merembat ke gawang. Semudah itu.”

Baca jugga: Pepe Salahkan Pengadil Argentina Punca Portugal Tersingkir: “Bagi Kat Argentina Je La Piala Tu”

Pemain veteran Portugal, Pepe menyalahkan pemilihan pengadil oleh FIFA yang memilih pengadil dari Argentina untuk mengadili aksi antara Portugal dengan Maghribi.

Portugal disingkirkan oleh Maghribi menerusi jaringan tunggal separuh masa pertama En-Nesyri.

Portugal gagal memanfaatkan dominasi dan penguasaan bola mereka yang tinggi untuk lebih tajam lagi di hadapan gol.

Selepas tamat perlawanan, Pepe mempersoalkan, bagaimana pengadil dari Argentina boleh dipilih untuk mengadili aksi antara Portugal dengan Maghribi setelah kritikan oleh Messi pada hari sebelumnya.

“Adalah tidak boleh diterima pengadil Argentina bertanggungjawab mengadili perlawanan pada hari ini selepas apa yang berlaku semalam, dengan Messi mengadu tentang pengadil.”

“Selepas apa yang saya lihat hari ini, mereka kini boleh memberikan gelaran kepada Argentina.”

Pepe menyatakan bahawa, pengadil perlawanan telah mengganggu rentak pasukan Portugal. Di mana pengadil berterusan meniup wisel untuk setiap insiden.

“Kami tak dapat bermain lancar pada separuh masa kedua kerana pengadil berterusan meniup wisel menghentikan perlawanan. Memang tak dapat main langsung.”

“Namun apa yang kami boleh buat sekarang?”

“Kami ada pasukan yang boleh memenangi pertandingan namun malangnya itu tidak berlaku.”

Ramai yang mempersoalkan kenyataan Pepe itu. Selain itu Pepe turut mempersia siakan peluang keemasannya dalam perlawanan ini untuk menjaringkan gol.

Seterusnya, pengadil turut membuang padang seorang pemain Maghribi pada masa kecederaan.

Baca yang lain

Ralf Ragnick Rasmi Tolak Bayern Munich

Ralf Rangnick secara rasminya menolak tawaran untuk menjadi pengurus Bayern Munich. Nama Poknik sebelum ini mulai dikaitkan dengan Bayern setelah kelab itu