FIFA Lancarkan Aplikasi Mirip Netflix Yang Korang Sudah Boleh Mulai Akses Sekarang

FIFA telah melancarkan aplikasi penstriman yang digelar Netflix versi bola sepak. Aplikasi diberikan nama FIFA+ (FIFA Plus) itu memiliki pustaka kandangan yang sarat dengan konten dokumentari dan bermacam lagi.

Sebelum ini FIFA banyak menggunakan saluran YouTube untuk memuat naik konten eksklusif mereka. Antaranya adalah kisah Ronaldinho yang boleh anda saksikan di FIFA+

Selain dokumentari, dalam saluran YouTube FIFA juga ada perlawanan bola sepak yang dimuat naik. Misalnya, aksi antara Mesir vs Senegal dalam kelayakan Piala Dunia.

Dan kali ini FIFA memindahkannya ke dalam satu platform khas.

Tidak seperti laman penstriman seperti Netflix, Disney + dan Amazon Prime, peminat bola sepak tidak perlu membayar untuk melayari konten yang ditawarkan. Ianya sama seperti korang tengok saluran YouTube. Tapi tak pastilah di masa akan datang FIFA akan mengenakan bayaran untuk konten premium. Korang tau kan perangai FIFA ni macamana.

Selain itu FIFA+ tidak menghadkan konten berdasarkan negara. Berbanding dengan YouTube, di mana ada beberapa konten tidak boleh diakses di beberapa negara terutama sekali yang melibatkan konflik dengan hak milik.

FIFA mengesahkan bahawa mereka tidak menolak kemungkinan akan mengenakan bayaran langganan untuk menonton aksi bola sepak anjuran FIFA.

Pengarah Strategi Pemasaran FIFA, Charlotte Burr berkata: “Tiada perancangan lagi untuk mengenakan bayaran langganan untuk perkhidmatan kami.”

“Itu bukan bermakna kami tidak akan berubah polisi di masa akan datang.”

Idea bola sepak dan Netflix sebelum ini pernah dibincangkan di FIFA. Mungkin inilah yang menjadi sebab kenapa FIFA mewujudkan platform penstriman khas sebegini.

Bekas pengeurusi Crystal Palace, Simon Jordan mencadangkan agar EPL menggunakan platform seperti Netflix dan Amazon Prime untuk menayangkan perlawanan siaran langsung bola sepak.

Ia dipercayai akan membantu EPL meraih lebih banyak pendapatan.

Jadi berbalik kepada cerita FIFA+, korang sudah boleh memuat turun aplikasi tersebut dengan carian FIFA+.

BACA JUGA ARTIKEL: Lewandowski: Anugerah FIFA Lebih Berprestij Daripada Ballon d’Or

Robert Lewandowski sebelum ini terlepas dua Ballon d’Or dalam masa dua tahun berturut-turut, walaupun dianggap calon pilihan utama untuk memenanginya.

Pada 2020, tiada Ballon d’Or diadakan oleh penganjur France Football. Dan pada 2021, Lionel Messi menewaskan Robert Lewandowski untuk kapten Argetina itu memenanginya buat kali ketujuh.

Messi kini meninggalkan Cristiano Ronaldo dengan beza 2 Ballon d’Or. Apabila Ronaldo hanya dengan 5 Ballon d’Or setakat ini.

Terdapat banyak polemik tentang pemenang Ballon d’Or dalam dua edisi terakhir ini. Salah satu daripada dibatalkan kerana pandemik dan satu lagi dimenangi Messi. Ramai yang berpendapat bahawa Lewandowski berhak mendapat dua Ballon d’Or tersebut.

Messi dalam ucapan kemenangan Ballon d’Or beliau turut setuju bahawa musim lalu seharusnya menjadi milik Lewandowski dan berharap Ballon d’Or itu diserahkan kepada penyerang asal Poland itu.

Walaupun gagal dalam Ballon d’Or, namun nasib Lewandowski di FIFA Best ternyata berbeza. Beliau memenangi kedua duanya dalam dua tahun terakhir ini.

Pada edisi FIFA Best 2020, Lewandowski menewaskan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Dan untuk edisi 2021, beliau menewaskan Messi dan Mo Salah.

Terbaru pemain antarabangsa Polan itu bersuara tentang pandangannya tentang Ballon d’Or dan FIFA Best. Di mana selepas dia memerhati dan mencerna dua Anugerah tersebut dia membuat kesimpulan bahawa FIFA Best adalah lebih berprestij dan berkaliber berbanding Ballon d’Or. Walaupun ramai melihat sebaliknya.

Ini kerana, menurut Lewandowski, Ballon d’Or hanyalah diundi oleh wartawan semata mata dan pengesahan tentang undian itu sentiasa meragukan.

Berbanding dengan FIFA yang turut diundi oleh jurulatih dan kapten pasukan yang lebih arif tentang bola sepak dan rekod. Golongan ini adalah profesional dan menilai prestasi pemain berdasarkan logik dan realistik. Ini termasuk memahami impak kecederaan dan sebagainya.

Bekas penyerang Borussia Dortmund yang kini beraksi di Bayern itu berkata:

“Saya telah memikirkan tentang dua anugerah ini sejak akhir akhir ini. FIFA Best dan Ballon d’Or. Saya merumuskan bahawa anugerah FIFA adalah lebih bermakna [berbanding dengan Ballon d’Or]. Ini kerana anugerah Ballon d’Or diundi oleh wartawan [semata mata] dan kemudian tiada pengesahan yang jelas [tentang undian].”

“Sebaliknya, golongan profesional dan wartawan mengundi untuk anugerah FIFA termasuk ketua ketua pasukan, jurulatih, dan mereka boleh menilai prestasi seseorang pemain secara realistik dan objektif. Kerana mereka tahu tentang setiap perlawanan, setiap rekod dan risiko kecederaan yang kami hadapi.”

Lewandowski kemudian menegaskan bahawa dia sentiasa cuba tidak mahu memikirkan soal anugerah ini. Kerana ianya bukan perkara yang penting dalam hidupnya.

“Namun begitu saya menegaskan bahawa saya nak mengelakkan diri daripada terlalu memikirkan soal anugerah anugerah seperti ini.”

“Ini bukannya perkara yang membuatkan saya tak boleh tidur selepas gagal memenangi anugerah anugerah ini. Terutama sekali ketika saya menyedari bahawa politik bola sepak pun memainkan peranan di dalamnya.”

“Hasil daripada undian ini tak langsung mempengaruhi apa yang paling penting bagi diri saya iaitu untuk menikmati setiap perlawanan dan membantu pasukan untuk berjaya.”

Robert Lewandowski dianggap sebagai salah seorang no.9 terbaik dalam generasinya. Beliau menjadi penyerang yang terus mencetak gol yang banyak di dalam kariernya.

Lewandowski merupakan penyerang yang sangat klinikal. Boleh menjaringkan gol dari semua arah dan dengan apa sahaja bahagian pada badannya. Menjadikan dia target man yang sangat digeruni pertahanan lawan.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di