Gagal Dalam Rayuan, Robinho Dihukum Penjara 9 Tahun Kerana Perkosa Wanita Di Milan

Bekas penyerang Real Madrid, Manchester City, dan AC Milan, Robinho gagal dalam rayuan terakhirnya untuk kes pemerkosaan dan kini harus menjalani hukuman penjara penjara selama sembilan tahun.

“Hukuman ini adalah contoh perlindungan bagi wanita dan menunjukkan sistem pengadilan berfungsi, bila diperlukan,” kata Jacopo Gnocchi, yang bertindak sebagai peguam mangsa.

Robinho dan rakannya, Ricardo Falco terbukti melakukan percubaan pemerkosaan terhadap seorang wanita Albania. Dan kini diarahkan menjalani hukuman penjara sembilan tahun dan membayar pampasan sebanyak EUR60 ribu.

Kes tersebut berlaku di sebuah kelab malam di Milan ketika wanita itu tengah merayakan harijadinya yang ke-23 tahun pada 22 Januari 2013 masa tu.

Sejak dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dalam penghakiman sebelum ini,. Robinho masih belum dipenjara kerana dia berhak merayu sebanyak empat kali.

Corriere dello Sport melaporkan bahawa Corte di Cassazione di Roma, yang merupakan mahkamah rayuan terakhir dalam sistem perundangan Itali, dilaporkan telah mengesahkan keputusan untuk Robinho.

Mahkamah rayuan tersebut menolak hujah rayuan yang dikemukakan oleh Robinho. Akhbar Globo menyatakan Robinho menghina, memperlekeh dan merendah rendahkan mangsanya itu yang ketika itu berusia 23 tahun.

Bukti terbaru kemudian menyatakan bahawa Robinho ada menghubungi dan menghantar mesej kepada perempuan tersebut. Tetapi Robinho menyatakan bahawa perempuan itu mabuk teruk pada malam itu.

Robinho telah menafikan tuduhan itu. Selain dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun, Robinho juga harus membayar €60,000 sebagai ganti rugi kepada mangsa.

Robinho menyatakan dia tidak pernah memperkosa sesiapa, dan dia mengakui meniduri wanita itu atas persetujuan bersama. Robinho turut terbuka mengakui ketika itu dia curang dengan isterinya. Namun dia sudah berubah.

“Dia mabuk masa tu, dia yang menghampiri saya. Kami saling ‘bersentuhan’ dan menggatal, itu pun atas persetujuan bersama.”

“Saya menyesal kerana curang dengan isteri saya pada masa itu. Namun benda tu berlaku 2013 yang lalu. Dan saya sudah berubah menjadi lebih baik selepas 7 tahun.”

Robinho sendiri tidak mungkin akan menjalani hukuman penjara di Itali. Ini kerana dia kini tinggal di Brazil. Di mana negara tersebut tidak membenarkan warganya diekstradisi.

Bagaimanapun, mahkamah Itali masih boleh meminta Robinho menjalani hukuman di penjara Brazil. Tetapi ianya pasti sangat rumit kerana melibatkan isu diplomasi dan perundangan antarabangsa.

Menteri Wanita, Keluarga dan Hak Asasi Brazil, Damares Alves meminta kerajaan Brazil memenjarakan segera Robinho.

Mungkin ini satu satunya jalan untuk makamah Itali dapat memastikan Robinho dipenjara dan membayar pampasan,

Karier

Selepas memulakan kerjayanya di Santos, Robinho berpindah ke Real Madrid pada 2005 dan tiga tahun kemudian berpindah ke Manchester City dengan nilai perpindahan GBP32.5 juta.

Robinho seterusnya sempat menyarung jersi AC Milan sebelum meneruskan kariernya di China bersama Guangzhou Evergrande.

Robinho kemudian menyertai beberapa kelab lagi termasuk Atletico Mineiro, Sivasspor, dan Istanbul Basaksehir.

Oktober 2020 yang lalu, Robinho telah ditandatangani oleh Santos. Bagaimanapun, kontrak ini ditamatkan serta-merta oleh Santos selepas tekanan berkaitan kes perkosa yang dihadapi Robinho di Itali.

Kes ini juga membuatkan Robinho kehilangan kontraknya dari Santos, yang telah merekrutnya pada Oktober 2020.

Perpindahan Robinho ke Santos telah disambut dengan meriah oleh kelab. Ini kerana bekas pemain Manchester City itu menerima gaji yang sangat rendah dari kelab Brazil.

Kontrak dibatalkan

Robinho hanya memperoleh gaji  sekitar £207 sebulan, sekitar RM1,110. Gaji minimum di Brazil. Pemain berusia 36 tahun itu bersedia menerima kontrak rendah kerana keadaan kelab yang sukar dan mahu membantu dari segi publisiti selain daripada aksi atas padang.

Bagi Robinho, perpindahan ke Santos akan menjadi yang keenam dalam kariernya.

Baru seminggu Robinho diumumkan sebagai pemain Santos yang baru pada 10 Oktober 2021, bekas bintang Real Madrid itu telah bersetuju untuk menamatkan kontraknya di Santos.

Menurut laman web rasmi Santos, kelab itu mahu Robinho terlebih dahulu menyelesaikan kes undang-undang yang melibatkannya.

Robinho ketika terlibat dalam pertuduhan pemerkosaan di Itali.

“Sehingga pemain dapat memberikan konsentrasi secara eksklusif kepada isu mempertahankan diri dalam proses yang sedang berlangsung di Itali,” tulis laman web rasmi Santos.

Sementara itu, sumber lain mengatakan bahawa kontrak Robinho ditamatkan kerana tekanan daripada penaja.

Santos kini ditaja oleh Orthopride, sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan kesihatan pergigian dan ramaio pelanggan wanita mengenakan tekanan ke atas mereka.

Orthopride tidak mahu imej mereka rosak akibat kes yang kini memusingkan Robinho. Sementara itu, Santos sangat memerlukan dana daripada penaja kerana kewangan kelab sukar musim wabak ini.

Orthopride pada ketika itu memberikan tekanan kepada kelab: “Kami sangat menghormati sejarah Santos. Tetapi pada masa ini kami memutuskan untuk menamatkan kontrak penajaan.”

“Pelanggan kami kebanyakannya adalah wanita dan, dengan hormat kepada wanita yang menggunakan produk kami, kami harus membuat keputusan ini. Kami ingin menjelaskan bahawa kami sebelum ini tidak diberitahu mengenai pengambilan Robinho, berita itu mengejutkan kami pada hujung minggu “, kata Richard Adam, pengarah operasi syarikat ini.

Menurut media sukan Brazil, tidak ada penaja kelab yang diberitahu mengenai rundingan dengan Robinho dan sekarang mereka semua akan menginginkan penjelasan mengenai situasi hukuman Robinho, kerana jenama mereka kini akan dikaitkan dengan pemain bola sepak berusia 36 tahun yang telah mengelak hukuman penjara di Itali.

Syarikat seperti Umbro Brasil atau Tekbond, penaja penting Santos, telah menyatakan bahawa mereka menolak sebarang jenis keganasan dan bahkan telah menyatakan keprihatinan mereka kepada kelab. Santos kini berdepan risiko untuk hilang tajaan lebih besar.

Itulah kisah Robinho yang kini hidup dalam cemuhan masyarakat. Daripada seorang bintang global kini dia mengelak penjara di Itali.

Tetapi sehingga ke hari ini Robinho menafikan tuduhan itu.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari