Gagal Tuntut Hutang €43.6 Juta, Sebaliknya Neymar Pula Berhutang €6.7 Juta Dengan Barca, Bagaimana Ni?

Neymar sebelum ini menuntut wang hutang daripada Barcelona bernilai €43.6 juta, yang merupakan klausa kesetiaan pemain itu ketika melanjutkan kontraknya sebelum berpindah ke PSG.

Namun kini pemain itu kalah dalam tuntutan dan dia pula kena bayar hutang €6.7 juta kepada Barcelona .

Pemain Brazil itu menandatangani perjanjian baru dengan Barça pada Oktober 2016 dan pada musim panas berikutnya dia menyertai PSG dalam catatan rekod dunia € 222 juta.

Neymar dan Barcelona menyelesaikan perkara ini dengan perbicaraan di Mahkamah Sosial Barcelona.

Bagaimana kes ini berlaku?

Perpindahan Neymar ke PSG sangat kontroversi sehinggakan Barca menuduh Neymar tidak jujur dalam perpindahan tersebut.

Segalanya bermula apabila PSG dikatakan sanggup membayar nilai klausa perlepasan Neymar yang berjumlah €222 juta.

Neymar dikatakan tidak memberitahu Barcelona yang beliau berminat dengan tawaran PSG. Oleh itu, Barcelona terus menyatakan pemain itu bukan untuk dijual.

Neymar dilaporkan sengaja melengahkan waktu untuk memastikan beliau kekal di Barcelona sehingga 1 Julai 2017 untuk memboehkan ayahnya mendapat bonus kesetiaan Neymar. Timbalan Presiden Barcelona, Jordi Mestre pada 2018 berkata:

“Apa yang membuatkan saya terkilan sangat adalah cara perpindahan itu berlaku. Kami semua ketika itu sedang dalam jelajah pra-musim. Dia membawa ayahnya sekali, malangnya mereka berdua tak transparen dengan kami.”

“Saya bukanlah tidak mahu melepaskan beliau jika dia datang kepada kami dan berkata, ‘saya mahu pergi’. Pemain seperti Cesc, Pedro, Alexis, dan Mascherano melakukan perkara seperti itu. Mereka datang beritahu kami.

“Kami pun cuba cari penyelesaian. Sebab mustahil untuk anda mengekalkan orang yang sudah tak mahu bermain dengan anda lagi.”

Menceritakan kenapa Barcelona merasakan mereka tidak ada hutang dengan ayah Neymar, Mestre berkata:

“Dia bermain kucing dan tikus (permainan licik) dengan kami. Apabila kami mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, kami memutuskan untuk menjual beliau dan tidak mahu membayar bonus kerana lanjutan kontrak beliau sebelum itu.”

“Saya sangat terganggu dengan perkara itu. Dan kini kami akan ke mahkamah dan menunggu apa keputusan hakim.”

“Saya kecewa kerana sebelum itu saya sudah keluarkan kenyataan yang beliau mahu kekal di Barcelona dan saya berkata dia 200% kekal dengan kami.”

“Dia langsung tidak memberitahu kami apa-apa. Jika dia jujur dengan kami, kami akan mempertimbangkan untuk menjual beliau kepada PSG dengan harga lebih rendah (daripada klausa perlepasan).”

“Sikap Neymar membuatkan pasaran perpindahan pemain mengalami inflasi. Jadi kami memutuskan untuk mengambil duit yang lebih banyak dan juga bunyi bising daripada media.”

Ditanya kenapa Neymar boleh bersikap begitu kepada Barcelona dan mahu meninggalkan kelab tersebut. Mestre menjawab:

“Neymar merasakan yang beliau tidak akan menjadi no.1 di Barcelona selagi-lagi ada Messi. Selain itu dia memikirkan untuk menjadi no.1 dunia, dan tak salah pun untuk dia berfikiran begitu.”

Neymar sebenarnya berhutang

Barcelona kemudian telah menuntut ganti rugi €6.7 juta daripada Neymar. Pada awalnya ramai yang pelik dengan tindakan Barca.

Ini kerana Barca menyatakan Neymar sudah mengambil sebahagian €6.7 juta daripada bonus kesetiaan.

Dalam kenyataan rasminya, Barcelona berkata: “FC Barcelona menyambut baik keputusan yang dijatuhkan hari ini oleh Mahkamah Sosial 15 Barcelona, ​​berhubung dengan tuntutan di antara FC Barcelona dan pemain Neymar Jr dalam jumlah tuntutan sebagai ganti rugi untuk bonus menandatangani kontrak yang ditandatangani dalam pembaharuan kontrak terakhir.”

“Keputusan itu menolak tuntutan pemain secara keseluruhan, yang menuntut pembayaran €43.6 juta, dan menganggarkan sebahagian besar tuntutan yang diajukan oleh FC Barcelona, ​​di mana pemain harus mengembalikan €6.7 juta kepada kelab.

“Oleh kerana resolusi ini boleh dirayu oleh perwakilan pemain, Kelab akan terus teguh mempertahankan kepentingan yang sah.”

Ramai menyatakan perkara ini mungkin akan menjadi masalah utama dalam usaha Neymar mahu kembali semula ke Barcelona.

Namun ada juga berpandangan sebaliknya. Kerana mereka yakin Neymar dan Barcelona masih mahu bergabung.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di