Gaji Masih Tak Dibayar Juventus, Dybala Mahu Saman €54 Juta

Paulo Dybala sudah benar benar tidak tahan lagi dengan Juventus.

Kelab itu masih belum membayar sebahagian besar daripada gajinya di kelab itu yang tertunggak.

Dybala membuat tuntutan daripada kelab itu selepas Ronaldo menyuarakan perkara yang sama sebelum ini.

Dybala sebelum ini setuju untuk penangguhan bayaran gaji selepas dia dijanjikan kontrak baharu bersama kelab itu. Namun akhirnya Juventus telah menipunya.

Kelab itu tidak mahu melanjutkan kontrak Dybala. Kini pemain itu mahu menuntut bayaran gaji dan juga tuntutan saman yang keseluruhannya bernilai €54 juta.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya Luca Ferrari. Peguam tersebut menyatakan bahawa Juventus masih belum membayar gaji pemain itu dan April ini akan menjadi tarikh akhir bayaran tersebut.

Dybala sebelum ini tidak mahu bertelagah dengan Juventus. Dan sedaya upaya cuba menyelesaikan perkara tersebut secara senyap senyap. Dia mahu menjaga hati peminat Juventus yang menyayanginya dan keluarganya sepanjang dia di sana.

Namun dengan siasatan ke atas Juventus atas salah laku kewangan, di mana Juve kemudian didapati bersalah, isu gaji Dybala dan Ronaldo menjadi antara topik yang dibangkitkan oleh pendakwaraya.

Peguam Dybala turut menambah bahawa terdapat satu lagi pertikaian dengan bianconeri. Yang melibatkan isu kegagalan memperbaharui kontraknya bersama Juventus.

Beberapa bulan lalu, pemain antarabangsa Argentina itu adalah antara pemain Juventus yang bersetuju untuk mengurangkan gaji empat bulan tetapi penyiasat telah merampas dokumen yang nampaknya membuktikan Bianconeri telah membuat perjanjian rahsia untuk membayar sebahagian daripada wang tersebut di pintu belakang.

Ini bermakna, Dybala tidak dipotong gaji seperti dilaporkan di dalam laporan kewangan mereka. Sebaliknya ditangguhkan bayaran, dan akan dibayar kemudian dari cara ‘bawah meja’ dan mengaburi pihak berkuasa.

Dybala telah ditemu bual dan disiasat buat kali kedua oleh penyiasat Februari lalu di Rom dan Gazzetta melaporkan apa yang dikatakan pemain asal Argentina itu.

“Saya tidak ingat bila gaji bulan lepas dibayar, tetapi saya tahu Juventus masih berhutang dengan saya.”

“Apabila kami membuat perjanjian, saya tahu bahawa jika saya masih mempunyai kontrak, saya akan menerima lebih banyak wang pada bulan-bulan berikutnya, tetapi jika saya pergi, mereka perlu membayar terus kepada saya.”

“Saya tahu Juventus mempunyai peluang terakhir untuk membayar saya pada April 2023. Jika mereka tidak melakukannya, peguam saya akan membuat tuntutan bertulis, tetapi saya mahu mengelak daripada senario ini. Saya tidak mahu menyaman Juventus.”

Menurut laporan itu, Juventus masih berhutang kepada Dybala €3.7 juta dan peguamnya Luca Ferrari telah pun membuat permintaan rasmi untuk mendapatkan wang tersebut. Peguam pemain itu meminta pampasan untuk ganti rugi, memandangkan Dybala telah dijanjikan kontrak baharu pada penghujung 2021 tetapi akhirnya tidak ditawarkan perjanjian baharu.

“Bukan itu [kontrak] yang saya minta. Apa yang saya mahukan ialah gaji tertunggak saya,” tegas pemain itu.

Kini pemain itu sedia untuk menuntut keseluruhan €54 juta daripada Juventus. Dan ianya bakal menjadi tuntutan terbesar dalam sejarah bola sepak Itali.

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari