Galtier Bengang Penyokong PSG Sekali Lagi Ejek Messi Sedangkan Dia Skor Banyak Gol Dan Assist Musim Ini

Hubungan Lionel Messi dengan penyokong PSG hanya ok ketika pemain itu diumumkan sebagai pemain baharu PSG. Di mana peminat PSG ketika itu meraikan Messi sebagai Raja!

Jersinya habis terjual, kemudian semua post media sosial berkaitan Messi laku keras.

Namun selepas itu, penyokong PSG telah beberapa kali mengejek Lionel Messi.

Bermula musim lalu lagi, di mana Messi menjadi sasaran penyokong PSG selepas kelab itu tersingkir daripada peringkat 16 akhir UCL.

Messi diboo di Parc Des Princes. Mereka ketika itu menganggap Messi sebagai punca PSG tersingkir kerana gagal menyempurnakan peluangnya.

Musim ini, Messi sekali lagi menjadi subjek cemuhan dan ejeka penyokong PSG selepas kelab itu sekali lagi tersingkir awal dalam pusingan kalah mati UCL.

Penyokong PSG menganggap Messi hanya mahukan wang di PSG dan tiada hati dan dedikasi untuk kelab itu.

Ultras PSG malah mengeluarkan kenyataan rasmi membawa semua penyokong PSG untuk mengejek Messi, pemain yang memenangi Piala Dunia bersama Argentina, tetapi dirasakan tidak pernah memberikan dedikasi yang sama kepada PSG, seperti mana yang dia berikan kepada Argentina dan Barcelona.

Antara sebab kenapa Messi tidak melanjutkan kontrak kerana dia tak pernah merasakan hubungan yang baik dengan penyokong PSG.

Dan terbaru, Messi sekali lagi menjadi mangsa cemuhan penyokong. Jelas kedengaran ramai penyokong mengejek Messi ketika namanya diumumkan berbanding dengan Mbappe yang disambut dengan sorak sorai.

PSG kalah lagi, kali ini di tangan Lyon. Dan Messi menjadi sasaran penyokong yang masih tak berpuas hati dengan pemain itu yang masih tidak melanjutkan kontrak bersama mereka.

Malah beberapa hari lalu, pegawai tertinggi Barca mengesahkan bahawa ada rundingan dibuat antara Barca dengan Messi.

Galtier ternyata kecewa dengan cemuhan yang dia sendiri dengar, ditujukan kepada Messi.

Kerana Messi musim ini sangat cemerlang bersama dengan PSG, berdasarkan statistik pemain itu.

Galtier sekali lagi tampil mempertahankan superstarnya itu.

“Cemuhan ke atas Messi adalah melampau,” kata Galtier, yang masa depannya dengan PSG turut menjadi tanda tanya selepas gagal membantu kelab itu menjuarai UCL.

“Leo Messi adalah pemain yang banyak memberikan sumbangan di atas padang, terutama sekali pada separuh pertama musim ini.”

“Dia banyak memberikan assist dan gol pada musim ini. Jadi saya minta pemain lain untuk membantunya.”

Sebagai rekod, Messi sudah mencetak 18 gol dan 17 assist dalam 38 perlawanan untuk PSG musim ini.

Menjadikan dia sebagai salah seorang pemain yang sangat berpengaruh di zon serangan.

Legenda Perancis, Thierry Henry mengakui malu melihat kelakuan penyokong PSG. Yang mengejek pemain terbaik dunia pada masa ini. Dan berkata, dia sanggup melihat Messi kembali ke Barca dan menamatkan kariernya di sana.

Henry berkata: “Saya nak tengok dia tamatkan kariernya di Barca, itu harapan saya. Saya tak kata, dia harus meninggalkan PSG atau kekal di PSG.”

“Saya sangat gembira melihat dia bermain di Liga Perancis. Namun boo yang dia terima sebelum ini, merumitkan keadaan.”

“13 gol, 13 assist dalam Ligue 1 musim ini, dan kita sekarang ini sedang bercakap tentang pemain terbaik di dunia pada masa ini, ok.”

“Ini tentang kecintaan kepada permainan ini, apa yang dia telah lakukan kepada kelab ini. Dia tidak patut meninggalkan kelab ini dengan cara sebegini. Ianya perkara yang menganggu fikiran saya, dan Messi sendiri.”

Baca yang lain