Game Rare Super Mario Bros Masih Tak Buka Langsung Ini Dibeli RM486,000 Dalam Satu Lelongan

Video game pada hari ini sangat mahal. Itu tak sebut lagi konsol dia. Boleh dikatakan satu game yang baru sekarang ni di pelbagai konsol dalam sekitar RMRM250.00.

Dan sekarang ini, bukan saja game yang baru menjadi rebutan. Malah game klasik yang asli.

Terbaru, permainan Super Mario Bros yang dimainkan pada NES (Nintendo Entertainment System) yang klasik telah dijual dengan nilai US$114,000 ataupun sekitar RM486,000.

Game itu dikeluarkan pada 1985 dan dijual dalam satu acara lelongan pada Jumaat lalu oleh pelelong barangan terkemuka Heritage Auctions.

Wartawan The Verge menyatakan buat masa ini mereka tidak dapat mengesan siapa pemenang bidaan itu.

Namun dia telah mememangi lelongan itu dengan bidaan US$114,000.

Ia sekaligus menjadi harga tertinggi dibelanjakan dalam video game.

Dengan harga yang sama korang boleh membeli konsol Nintendo Swicth sebanyak 440 unit.

Video game tersebut menjadi mahal kerana ianya tidak pernah dibuka dan katrij tersebut tidak pernah dimainkan. Menurut Heritage Auctions, setiap barangan lama /vintaj yang berada dalam kotak dalam keadaan hampir sempurna baharu, ianya akan mendapat harga yang sangat tinggi.

 

Berdasarkan gred yang diberikan Heritage Auctions, game tersebut pada skala 9.4 per 10.00. Hampir sama dengan apa yang korang beli dari kedai.

Heritage Auctions dalam kenyataannya berkata:

Cool!

Heritage Auctions terus berkongsi bahawa ini bukan kotak permainan video hangtab kadbod pertama yang jarang ditemui / rare.

Penggemar kotak hitam sering terpikat dengan daya tarikan yang sukar difahami yang ditutup dengan varian hangtab.

Dari apa yang kami saksikan dalam May Signature Auction kami beberapa bulan yang lalu, Super Mario Bros tidak terkecuali.

Satu salina Wata 8.0 – Super Mario Bros yang masih tidak dibuka/sealed dengan hangtab kadbod yang dijual dengan harga $ 40,200 yang memecahkan rekod.

Dengan mempertimbangkan tahap salinan ini, kita hanya dapat membayangkan kegilaan kompetitif yang akan dicetuskan di kalangan pembida.

Satu pemerhatian yang menarik dari penjualan permainan ini adalah. sejauh mana pasaran kolektor permainan video telah berubah dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebelum ada versi game yang rare ini, hampir setiap gamer di dunia ini mungkin, ataupun pernah pada satu ketika menjadi komoditi panas, kolektor mencari game yang rare – nama permainan yang mungkin ramai tak tahu ianya pernah wujud, dan betapa elusifnya permainan ini.

Sebagai contoh, satu permainan rare dari Nintendo iaitu Nintendo World Championships menjadi tajuk akhbar pada 2014 selepas terjual pada harga $100,088 di lelongan eBay.

Hanya 116 salinan sahaja game itu dihasilkan. Ianya menjadi video game termahal sehinggalah pada 2019, Super Mario Bros. memecahkan rekod lelongan itu.

Apa yang kami nak katakan, tahniah kepada pembida yang tak dikenali yang baru sahaja membayar $114,000 untuk salah satu game paling rare dalam sejarah.

Mungkin orang ini benar benar penggemar sejati sehingga sanggup membayar US$114,000 untuk game yang dia boleh muat turun secara online dan mainkannya.

Sebagai rekod, Super Mario Bros. telah terjual lebih 40 juta unit seluruh dunia sepanjang penghasilannya.

Harga tertinggi sebelum ini untuk seunit video game yang dijual di Heritage Auctions adalah US$100,000, pada tahun lepas. Dan ianya adalah unit yang sama dibeli pada harga US$14,000 lebih mahal pada tahun ini.

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.